27 January 2009

SEKOLAH BARU,BUMBUNG LANGIT LANTAI PASIR

"Kami kehilangan generasi seterusnya," kata pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, John Ging di Gaza.
KANAK-kanak Palestin melukis di atas kertas yang diberikan oleh para kaunselor di Jabalya, di utara Tebing Gaza, semalam. Gambar-gambar yang dilukis merujuk kepada peperangan yang mereka alami semasa serangan Israel baru-baru ini, seperti lukisan di atas yang menunjukkan kereta kebal menghalakan muncung ke arah rumah. - Gambar AP
Jabalya, Genting Gaza 26 Jan. - Puluhan kanak-kanak Palestin duduk berselimutkan kain berwarna-warni sambil melukis dan dikelilingi oleh persekitaran bukit-bukit timbunan runtuhan rumah mereka.
Di Gaza, Pusat Hak Asasi Manusia rakyat Palestin melaporkan seramai 280 kanak-kanak daripada 1,285 terbunuh sementara lebih 4,000 lagi cedera ringan. Seorang kanak-kanak yang berlindung di sekolah PBB, Ansam Rahel, 10, terpaksa menerima jahitan besar di kepala selepas terkena serpihan bom tentera Israel yang menyerang sekolah berkenaan. Abu Hein yang merupakan ahli psikologi yang menguruskan pusat komuniti kesihatan di Gaza City berkata, kumpulannya telah menemuramah 950 keluarga dan di antara mereka terdapat 2,180 kanak-kanak di pusat perlindungan PBB seluruh Genting Gaza. Kebanyakan keluarga memberitahu anak-anak mereka tidak mahu berjauhan dengan mereka dan satu pertiga pula menyatakan mereka mahu tidur bersama dalam satu bilik. Sejak gencatan senjata minggu lalu, pusat Abu Hein dan kumpulan pertolongan telah menghantar pasukan mereka ke kawasan-kawasan yang musnah untuk memberi kaunseling kepada kanak-kanak. - AP

26 January 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Pada 26hb Januari 2009 ini akan berlaku gerhana matahari Anulus selama 3 jam 46 minit dimana ketika itu bulan akan menutupi matahari (tidak sepenuhnya). Di Malaysia, gerhana matahari akan kelihatan dari jam 3:30pm(waktu Thailand) hingga 6:00pm. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur waktunya adalah dari 16:31:32 hingga 18:58:55. " Sabda Nabi :saw إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله تعالى لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله تعالى وإلى الصلاة “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Maka apabila kamu melihat gerhana, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan mendirikan solat.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

1.5 juta rakyat Palestin sedia syahid - Hamas

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi.
Mereka bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel. "Kami bukan lagi menangisi rumah, sekolah, hospital dan harta benda lain yang musnah dibedil tentera Yahudi sebaliknya kemuliaan sekarang untuk menghadapi mati syahid. "Inilah cita-cita terbaik yang ada pada setiap rakyat ketika darah masih mengalir dan api masih menyala di bumi Palestin sekarang," kata seorang pemimpin Hamas, Najis Suris Al Ghaza
Beliau mendedahkan perkara itu pada program Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi. Program tersebut dianjur kerajaan negeri, dihadiri lebih 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum. Mereka senada mengutuk keras keganasan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Palestin sekarang
Najis berkata, umat Islam di Gaza sejak dahulu lagi yakin dengan janji Allah bagi memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya. Kata beliau pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin oleh tentera Yahudi bukan perkara baru, malah ia berlaku sejak 1948 lagi apabila Israel menceroboh bumi Palestin
Menurutnya rentetan keganasan Yahudi dapat dilihat di Sabra dan Satila pada 1984 apabila ramai umat Islam mati dibunuh dengan kejam. "Jangan mengharapkan Israel akan berdamai dengan umat Islam kerana ia tidak menjadi matlamat bagi mereka. Malah pemimpin Yahudi akan dianggap wira oleh rakyatnya apabila dapat melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin. "Pemimpin yang berjaya mencetuskan peperangan akan dipuji rakyat Israel. Bagaimanapun mereka lupa kekuatan sebenar hanya dimiliki Allah Taala," katanya. Katanya juga Hamas di bawah Perdana Menteri, Ismail Haniyah akan terus bersama rakyat bagi menghadapi serangan Israel. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip malam tadi akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain

25 January 2009

Israel sah guna bom kimia

Israel tolak permintaan antarabangsa untuk membuka sepenuhnya sempadan di Genting Gaza bagi memudahkan bantuan disalurkan. Amnesty International mengesahkan terdapat bukti tentera Israel menggunakan bom mengandungi fosforus putih semasa menyerang Gaza. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Malaysia to accept Gitmo detainees

Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said on Saturday the country wants to bring home two Malaysians held at the Guantanamo Bay detention facility which US President Barack Obama has ordered shut within a year. "We'd like to bring both of them home so that they could continue to serve their sentences in Malaysia," Abdullah told state news agency Bernama Saturday."President Obama's decision must have gone down well with many countries and Malaysia too is happy because he has fulfilled his promise," he added.

18 January 2009

TALAM DUA MUKA

Dua kerajaan Arab BONIKA Barat tidak hadir msyuarat liga Arab
Saya dapat mesej dari seorang kawan yang adalah pensyarah sebuah universiti di Thailand kata nya: Salam.Pemimpin Hizbullah Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh muslimin untuk melafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 dan 88 pada malam ini. Diakhirnya beliau tambah perkataan;Tolong sebarkan agar Israel hancur! Malulah kita kepada Allah jika masih tidak mampu menghulurkan selemah-lemah bantuan ini kepada saudara seagama kita.Sebarkan. Setelah saya baca dan merenungkan didapati aya yang diminta itu adalah seperti Al-Fath ayat 26-27, maksudnya seperti dibawah: 26. (ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 27. Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya). Dan Surah Yunus ayat 85,86 dan 88: 85. lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah Kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum Yang zalim ganas. 86. " dan selamatkanlah Kami Dengan rahmatMu dari angkara kaum Yang kafir". 88. dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya. Demikianlah jika anda berminat sila baca dan sibarkan.Insya Allah. Terimakasih.