28 January 2009

Palestin: Pemerintah Mesir didakwa pengkhianat

SAANA, Yaman: Baru-baru ini sebuah pertubuhan pelajar telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut Latar belakang beliau yang berasal dari Palestin dan pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin yang selalu dijadikan tempat rujukan dalam isu-isu negara tersebut. Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ahmed Al-Bashy yang merupakan Ketua Bahagian Kajian dan Penyelidikan, 'Paletinian Return Community' (Wajeb) yang berpusat di Damsyik, Syria. Dalam majlis itu, Dr Omar menjelaskan latar belakang peristiwa yang sedang berlaku di wilayah Gaza ketika ini. Enam bulan lalu, satu usaha gencatan senjata telah dilakukan dengan harapan tiada berlaku serangan di antara dua pihak. Antara syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin. Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5 peratus keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah. Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya. Dr Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beriya-iya menuntut Hamas menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu. Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir. Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan Hamas 'dipancung kepalanya'. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: "Kami tidak akan membiarkan Hamas mencapai kemenangan dalam peperangan ini!" Dr Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan Hamas dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya. Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza. Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu. Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh. Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas. Kata Dr Omar lagi: "Kita adalah umat yang bersedia untuk menghadapi kematian, manakala orang-orang Yahudi sangat cinta pada kehidupan dunia." Penduduk Gaza sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Dr Omar juga pada akhir ucapannya secara menegaskan: ?Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat. "Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah." Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza
Laporan:Imran Al-Malizi Klik untuk maklumat lanjut

27 January 2009

SEKOLAH BARU,BUMBUNG LANGIT LANTAI PASIR

"Kami kehilangan generasi seterusnya," kata pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, John Ging di Gaza.
KANAK-kanak Palestin melukis di atas kertas yang diberikan oleh para kaunselor di Jabalya, di utara Tebing Gaza, semalam. Gambar-gambar yang dilukis merujuk kepada peperangan yang mereka alami semasa serangan Israel baru-baru ini, seperti lukisan di atas yang menunjukkan kereta kebal menghalakan muncung ke arah rumah. - Gambar AP
Jabalya, Genting Gaza 26 Jan. - Puluhan kanak-kanak Palestin duduk berselimutkan kain berwarna-warni sambil melukis dan dikelilingi oleh persekitaran bukit-bukit timbunan runtuhan rumah mereka.
Di Gaza, Pusat Hak Asasi Manusia rakyat Palestin melaporkan seramai 280 kanak-kanak daripada 1,285 terbunuh sementara lebih 4,000 lagi cedera ringan. Seorang kanak-kanak yang berlindung di sekolah PBB, Ansam Rahel, 10, terpaksa menerima jahitan besar di kepala selepas terkena serpihan bom tentera Israel yang menyerang sekolah berkenaan. Abu Hein yang merupakan ahli psikologi yang menguruskan pusat komuniti kesihatan di Gaza City berkata, kumpulannya telah menemuramah 950 keluarga dan di antara mereka terdapat 2,180 kanak-kanak di pusat perlindungan PBB seluruh Genting Gaza. Kebanyakan keluarga memberitahu anak-anak mereka tidak mahu berjauhan dengan mereka dan satu pertiga pula menyatakan mereka mahu tidur bersama dalam satu bilik. Sejak gencatan senjata minggu lalu, pusat Abu Hein dan kumpulan pertolongan telah menghantar pasukan mereka ke kawasan-kawasan yang musnah untuk memberi kaunseling kepada kanak-kanak. - AP

26 January 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Pada 26hb Januari 2009 ini akan berlaku gerhana matahari Anulus selama 3 jam 46 minit dimana ketika itu bulan akan menutupi matahari (tidak sepenuhnya). Di Malaysia, gerhana matahari akan kelihatan dari jam 3:30pm(waktu Thailand) hingga 6:00pm. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur waktunya adalah dari 16:31:32 hingga 18:58:55. " Sabda Nabi :saw إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله تعالى لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله تعالى وإلى الصلاة “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Maka apabila kamu melihat gerhana, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan mendirikan solat.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

1.5 juta rakyat Palestin sedia syahid - Hamas

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi.
Mereka bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel. "Kami bukan lagi menangisi rumah, sekolah, hospital dan harta benda lain yang musnah dibedil tentera Yahudi sebaliknya kemuliaan sekarang untuk menghadapi mati syahid. "Inilah cita-cita terbaik yang ada pada setiap rakyat ketika darah masih mengalir dan api masih menyala di bumi Palestin sekarang," kata seorang pemimpin Hamas, Najis Suris Al Ghaza
Beliau mendedahkan perkara itu pada program Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi. Program tersebut dianjur kerajaan negeri, dihadiri lebih 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum. Mereka senada mengutuk keras keganasan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Palestin sekarang
Najis berkata, umat Islam di Gaza sejak dahulu lagi yakin dengan janji Allah bagi memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya. Kata beliau pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin oleh tentera Yahudi bukan perkara baru, malah ia berlaku sejak 1948 lagi apabila Israel menceroboh bumi Palestin
Menurutnya rentetan keganasan Yahudi dapat dilihat di Sabra dan Satila pada 1984 apabila ramai umat Islam mati dibunuh dengan kejam. "Jangan mengharapkan Israel akan berdamai dengan umat Islam kerana ia tidak menjadi matlamat bagi mereka. Malah pemimpin Yahudi akan dianggap wira oleh rakyatnya apabila dapat melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin. "Pemimpin yang berjaya mencetuskan peperangan akan dipuji rakyat Israel. Bagaimanapun mereka lupa kekuatan sebenar hanya dimiliki Allah Taala," katanya. Katanya juga Hamas di bawah Perdana Menteri, Ismail Haniyah akan terus bersama rakyat bagi menghadapi serangan Israel. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip malam tadi akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain

25 January 2009

Israel sah guna bom kimia

Israel tolak permintaan antarabangsa untuk membuka sepenuhnya sempadan di Genting Gaza bagi memudahkan bantuan disalurkan. Amnesty International mengesahkan terdapat bukti tentera Israel menggunakan bom mengandungi fosforus putih semasa menyerang Gaza. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Malaysia to accept Gitmo detainees

Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said on Saturday the country wants to bring home two Malaysians held at the Guantanamo Bay detention facility which US President Barack Obama has ordered shut within a year. "We'd like to bring both of them home so that they could continue to serve their sentences in Malaysia," Abdullah told state news agency Bernama Saturday."President Obama's decision must have gone down well with many countries and Malaysia too is happy because he has fulfilled his promise," he added.

18 January 2009

TALAM DUA MUKA

Dua kerajaan Arab BONIKA Barat tidak hadir msyuarat liga Arab