04 December 2008

KEMENANGAN DIDALAM LAUTAN DARAH

Peristiharan kemenangan bagi pihak penunjuk perasaan yang telah merampas dua lapangan terbangan antara bangsa di Bangkok tempoh hari telah dipersoalan oleh para pemerhati politik tanah air ekoran daripada semenjak bermulanya kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan itu melancarkan gerakan penghabisan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Somchai Wongsawad, yang dianggap bonika Dr.Thaksin Shinawatra awal bulan Oktober lalu, banyak insiden berdarah berlaku yang mengakibatkan terbunah dan cedera ratusan jiwa para penyokong penunjuk perasaan di Ibu Kota Bangkok, Thailand itu.
Boonleart Changyai, seorang kolumnist tersohor memaparkan tajuk kolumnya dalam akhbar Matichon, sebuah akhbar politik berbahasa thai terbesar dengan perkataan "KEMENANGAN DIDALAM LAUTAN DARAH" ini katanya; kerana pengunduran dua orang Perdana Menteri yang digesa oleh mereka disebabkan keputusan mahkamah yang telah mensabitkan kesalahan bekas pimpinan parti kerajaan itu yang melakukan rasuah semasa berkempen didalam pilihanraya terdahulu. Bukanlah kerana tekanan dari kumpulan penunjuk perasaan yang kian hari makin betambah ganas kelakuannya, malah keganasan itu diikuti dengan pemecatan Patcharawat Wongsuwan dari jawatan Ketua Polis Negara, kerana gagal menyekat Mob masuk ke Lapanangan Terbang Antara Bangsa pada 25 Dec.08
bermula dari 7 Okt. 08 hingga ke tamat perhimpunan tunjuk perasaan pada 3 Dec. semalam penyokong kumpulan penunjuk perasaan menjadi mangsa M79 cukup mengejutkan, 3-4 nyawa terkorban dan hampir 100 jiwa cedera.

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda