20 December 2008

Masalah Gejala Sosial dan Maksiat Di Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Gejala sosial dan maksiat di Malaysia terutama di kalangan remaja, belia dan dewasa, telah menjadi wabak yang serius. Bermula dengan isu bohsia (belen) dan bohjan, kemudian menyusul isu gejala lepak, diikuti pula isu remaja minum minuman keras, hidu gam (tora), gadis topup seterusnya masyarakat digemparkan dengan budaya ‘Black Metal’, Punk, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal, The Read Power, Penkid dan seterusnya gejala Riddah di dalam masyarakat yang berleluasa kebelakangan ini serta bermacam lagi isu yang kita tidak dapat menjangkakan, isu apa lagi yang akan timbul pula selepas ini. Namun setiap kali timbul gejala baru dalam masyarakat, kita sering melupakan masalah-masalah yang menjadi isu sebelum ini. Ini bukan bermaksud, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu dan telah berjaya dibendung dengan berkesan. Sebaliknya ianya seperti sedang mengeram dan bernanah untuk menetas dan merosakkan lagi keharmonian masyarakat. Pelbagai usaha keras telah digerakkan oleh pihak kerajaan dan NGO, namun ia masih tidak membuahkan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada perubahan masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia.Melihat kepada isu gejala sosial dan maksiat yang dinyatakan terutamanya dikalangan remaja dan belia, maka kami melihat satu keperluan untuk kami memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial dan maksiat terutamanya di kalangan remaja dan belia.
USTAZ KAMARUDDIN BIN KASSIM, Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Di bawah : Exco Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. Tel/Faks : 604-4216087 Hp : 019-4782708 / 017-4630686 Laman Web : http://www.urusetialandas.blogspot.com

14 December 2008

BISMILLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

12 December 2008

Kegawatan merubah perangai kanak-kanak Selatan Thai

Unisef : hasil kajian kanak-kanak di 4 wilayah selatan Thai menunjukkan kekacauan yangberlaku sebagai perkara paling berbahaya ,satu pertiga daripadanya melahirkan perasaan marah yang terpendam dan rasa tidak pernah mendapat tindakan adil namun tidak mempunyai kesan buruk terhadap isu perbedaan agama dan terhadap pegawai Laporan menyebut pada 11 Dec.Tabung kanak-kanak PBB atau Unisef menyatakan perkara itu di Hotel Land Mark, kajian itu dibuat semenjak tahun 2006-2007 terhadap kanak-kanak berumur 7-17 Tahun di Naratiwat Pattani Yala dan beberapa daerah dari Songkhla, dipungut juga dari orang dewasa sebanyak 717 orang,kajian dilaksanakan melalui 10 cara seperti dari lukisan,tulisan dan didalam bentuk mengisikan jawapan dari soalan

11 December 2008

Berpada Dengan Pemberian Allah; Qana’ah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Bukhari)
Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

07 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha Almubarak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ayuh kita gempakan Raya kita dengan Takbir Raya sama-sama

"แท้จริงชีวิตเราเพื่ออัลลอฮฺ และแท้จริงต่อพระองค์เราจะกลับไปสู่"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
เหตุการณ์ดินถล่มที่ภูเขานานาชาติ อำเภอฮูลูกลัง รัฐสลังงอร์
- ดินถล่มในพื้นที่ สี่ เอเคอร์ หรือประมาณ สิบไร่เศษ
- ส่งผลให้บังกะโล สิบสี่หลัง บริเวณหมู่บ้านบูกิตแมวัฮฺ และหมู่บ้านบูกิตอูตามา ตกอยู่ในสภาพแผ่ราบเป็นหน้ากลอง
- เหตุเกิดระหว่างเวลา ตีสาม ถึง ตีห้า เวลาท้องถิ่นเมื่อคืนที่ผ่านมา(เร็วกว่าหนึ่งชั่วโมงเทียบกับไทย)เป็นเวลาที่ชาวบ้านกำลังนอนหลับอยู่ภายในบ้าน
- เสียชีวิต สี่ราย บาดเจ็บสิบสี่ราย และสูญหายอีกหนึ่ง
- 3,000 ถึง 5,000 รายขาดทีอยู่อาศัย
- หลายหน่วยงานได้ยื่นมือเข้าให้ความช่วยโดยมีเจ้าหน้าที่รวม 500นาย - ตำรวจสั่งปิดถนนในบริเวณนั้นทั้งหมดหลังจากเหยื่อเคราะห์ร้ายได้ย้ายออกไปและได้คุมเข้มไม่ให้มีการเข้าออกเพราะเกรงอาจมีมิจฉาชีพสวมรอย
- ประชาชนส่วนหนึ่งอาศัยโรงเรียนฮูลูกลังและศาลาประชาคมเป็นที่พัก - สถานที่เกิดเหตุตั้งอยู่ห่างประมาณ 1.5km จากเหตุหารณ์เศร้าสลดที่พัก Highland Towers ถล่มที่เกิดจากแผ่นดินถล่มเช่นเดียวกันในปี 1993 ที่คร่าชีวิตไป 48 ราย

04 December 2008

KEMENANGAN DIDALAM LAUTAN DARAH

Peristiharan kemenangan bagi pihak penunjuk perasaan yang telah merampas dua lapangan terbangan antara bangsa di Bangkok tempoh hari telah dipersoalan oleh para pemerhati politik tanah air ekoran daripada semenjak bermulanya kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan itu melancarkan gerakan penghabisan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Somchai Wongsawad, yang dianggap bonika Dr.Thaksin Shinawatra awal bulan Oktober lalu, banyak insiden berdarah berlaku yang mengakibatkan terbunah dan cedera ratusan jiwa para penyokong penunjuk perasaan di Ibu Kota Bangkok, Thailand itu.
Boonleart Changyai, seorang kolumnist tersohor memaparkan tajuk kolumnya dalam akhbar Matichon, sebuah akhbar politik berbahasa thai terbesar dengan perkataan "KEMENANGAN DIDALAM LAUTAN DARAH" ini katanya; kerana pengunduran dua orang Perdana Menteri yang digesa oleh mereka disebabkan keputusan mahkamah yang telah mensabitkan kesalahan bekas pimpinan parti kerajaan itu yang melakukan rasuah semasa berkempen didalam pilihanraya terdahulu. Bukanlah kerana tekanan dari kumpulan penunjuk perasaan yang kian hari makin betambah ganas kelakuannya, malah keganasan itu diikuti dengan pemecatan Patcharawat Wongsuwan dari jawatan Ketua Polis Negara, kerana gagal menyekat Mob masuk ke Lapanangan Terbang Antara Bangsa pada 25 Dec.08
bermula dari 7 Okt. 08 hingga ke tamat perhimpunan tunjuk perasaan pada 3 Dec. semalam penyokong kumpulan penunjuk perasaan menjadi mangsa M79 cukup mengejutkan, 3-4 nyawa terkorban dan hampir 100 jiwa cedera.