22 November 2011

AGAMA DAN KEBUDAYAAN MELAYU SEMPADAN SELATAN THAI

Ust.Hj.Muhamad Suhaimi Bin Hj.Ismail

Muqaddimah

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi amat mengasihani.Segala puji-pujian milik Allah tuhan semesta alam.Selawat dan Salam kepada junjungan besar, Muhamad Salallahu alaihi wasallam.


Kejayaan bangsa Melayu-Islam di Asia Tenggara kelihatannya milik masa lalu.Periode ini ditandai oleh dominasi orang Melayu di bidang perdagangan dan mengontrol pelayaran, mempunyai kekuasaan dan pengaruh politik yang amat besar, datang dengan semangat misi keagamaan. Mereka adalah orang-orang yang berbudaya, terpelajar, arsitek tata internasional yang mengontrol lebih dari separuh bola dunia waktu itu. Proses pembentukan budaya dan perumusan sistem budaya dan sistem perumusan sosial berlangsung sejalan dengan proses Islamisasi, sehingga Islam semakin terintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu.


Sejak hadir sebagai satu kekuatan di Nusantara tepatnya ketika kerajaan-kerajaan Islam terbentuk sekitar abadd ke 11-18. Hal ini terbukti apabila lahirnya ulama Patani yang mengembang pengaruhnya keseluruh alam Melayu Nusantara. Tradisi intelektual,sebagai satu bentuk pertanggung jawaban budaya lahirnya sejalan dengan proses Islamisasi di tanah Melayu Patani.


Kini, budaya Melayu berada di persimpangan jalan.banyak masalah dan tantangan yang harus dihadapi baik internal mahupun eksternal, ditambah dengan adanya tanggapan dan reaksi yang berbeda-beda. Pemiliknya senantiasa merasa kebingungan, bahkan “mungkin” kehilangan arah. Banyak kebencian emosional telah menjadi warisan yang jika tidak diarahkan secara tepat dapat mengakibatkan kehilangan identitinya.Paling ketara ,seni nyanyian, seni tari dan hiburan yang bersifat kemodenan.Panduan dan arahan yang terperinci perlu dibuat oleh pengkaji social dan juga para intelektual baru.


Kebudayaan Melayu



Sejarah kebudayaan Melayu mengikut “Sejarah Melayu” atau “Sulalatus Salatin” bermula dari kawasan Sungai Melayu. Social formation Melayu bermula dari Tribal organization berkembang menjadi chiefdom seterusnya menjadi kingdom. Seluruh kerajaan dan kesultanan Melayu yang terdapat dalam sejarah tersebar ke seluruh wilayah pesisir dan maritime-based. Dua kerajaan Melayu yang besar dalam sejarah Funan dan Srivijaya pada awal-awal Karun Masihi merupakan kerajaan maritime bukannya kerajaan yang agrarian based atau yang land based.

Kerajaan Melayu yang lain seperti Pasai,Aru,Inderagiri,Rokan,Tungkal, Melaka, Aceh,Johor-Riau-Lingga,Pontianak,Brunei,Sambas,Sulu dan yang lain juga merupakan maritime-based kingdom yang hidup dengan kekuatan perdagangan, namun disedari juga terdapatnya kerajaan Melayu yang agrarian-based. Kerajaan dan kesultanan Melayu tersebut yang menghidupkan semangat, jiwa,nyawa kebudayaan Melayu.


Teras kepada seluruh semangat,jiwa dan nyawa itu ialah “adat Melayu”. Adat sebagai konsep lebih awal digunakan di dalam seluruh perbendaharaan kata Melayu,kerana kata budaya baru sahaja digunakan sebagai terjemahan culture. Terjemahan budaya dari culture barangkali muncul selepas wujudnya cultural contact antara Melayu dengan bahasa Inggeris.


Adat ialah satu konsep yang menjelaskan keseluruhan cara hidup Melayu di Alam Melayu. Orang Melayu di mana jua berada akan menyebut fenomena budaya mereka sebagai “…. Ini adat kaum..” Masyarakat Melayu mengaturkan kehidupan mereka dengan adat agar setiap anggota adat hidup beradat, seperti adat alam, hukum adat, adat beraja, adat bernegeri, adat berkampung, adat memerintah, adat berumah tangga, adat bercakap dan sebagainya. Adat adalah fenomena keserumpunan yang mendasari kebudayaan Melayu,muncul di dalam hidup great tradition dan little tradition Melayu, sama ada yang maritime atau pun yang agrarian.


Dari sudut lain adat juga merupakan struktur yang menghubung seluruh kehidupan manusia Melayu, yang menegaskan sifat, diri, keperibadian, identiti atau jati diri manusia, masyarakat dan budaya Melayu. Adat adalah jati diri yang menyatu padukan, menyimpul dan mengikat hubungan seluruh anggota masyarakat. Lantaran itu kedudukan seseorang Melayu bukan ditentukan oleh keturunan (bangsa), kekayaan, kealiman, gaya hidup, ketinggian ilmu pengetahuan, tetapi ditentukan oleh pelaksanaan yang “beradat”, “tahu adat”, dan “cukup ajar”. Satu kehalusan perlakuan, sikap,tindakan,tutur-kata,bersyakhsiah tinggi, bernormal, beretika, berakhlak mulia, seperti yang telah ditetapkan oleh adat Melayu.


Adat sebagai usaha memanusiakan Melayu terpancar di dalam takrif Melayu yang tercatat di dalam naskhah “Adat Raja-Raja Melayu” (Tardjan Hadidjaja,1952:76-77). Adat Raja-Raja Melayu antara lain menyatakan;


a) Melayukan diri(Husnul Khuluki) : iaitu merendahkan diri, tiada mahu membesarkan diri, baik dari segi adab-tartib, bahasa pertuturan,perjalanan dan kedudukan


b) Tidak mamang (Tawadhu'): iaitu lemah lembut tidak berlebih – lebihan, tidak berkurangan.


c) Orang yang majlis (Ummatan wasatan): iaitu pertengahan (sederhana) sama ada perlakuan, perbuatan,perkataan, pakaian,makanan,dan perjalanannya


d) Adab pandai menyimpan diri (warak) : pandai mengawal kata-kata, penglihatan dan pandangan dari perkara yang keji.


Apapun yang dikemukakan ini,ialah elemen keunggulan diri dan perwatakan Melayu. Perwatakan yang budiman adalah citra,pembawaan,gaya Melayu, yang sudah sebati dengan kemelayuan. Budi pekerti, budi bahasa, budiman merupakan teras kemanusiaan,moraliti dan etika Melayu yang berpaksikan ketauhidan atau ketuhanan. Adat dan budi sebagai elemen unggul Melayu ini yang mampu meletakkan kembali darjat, harkat, dan martabat manusia Melayu di tempat tinggi, dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan inilah yang menjadikan Melayu itu Melayu

Kebudaayaan Islam

Sebelum kedatangan Islam, budaya Melayu adalah budaya tempatan yang berteraskan kepercayaan tentang Alam dan Hindu - Budha. Telah wujud beberapa kerajaan Melayu seperti kerajaan Melayu Palembang dan Kerajaan Melayu Singapura. Kerajaan Melayu Seri Vijaya dan Langkasuka di Patani. Budaya Melayu Islam mula diasaskan di bumi Patani melalui kedatangan para ulama dari Parsi,dan Rantau Arab,telah mengembangkan Islam dengan jayanya di sini. Namun tidak sama seperti yang berlaku di Melaka,di Patani agama Islam tersebar luas bermula dari masyarakat madani terlebih dahulu sebelum bergerak masuk ke istana untuk golongan bangsawan, jarak masa keislaman oleh rakyat dan raja adalah antara masa kurang lebih 300 tahun. Manakala Melaka Islam diasaskan mula dari istana dan diikuti oleh masyarakat awam. Antara ciri-ciri utama budaya Melayu yang telah disesuaikan denga Islam ialah;


1. Berasaskan konsep “Ilmu”.

Sebelum muncul Islam, budaya Melayu adalah berteraskan sistem kepercayaan tempatan, iaitu dalam bentuk animisme berkait rapat dengan kepercayaan dalam agama hindu – budha. Dalam sistem ini dilihat hubungan dengan mitos alam, yang menyebabkan pemikiran rasional tidak berkembang , bila pemikiran rasional tidak berkembang, para intelektual juga terhambat dan bila Islam datang maka muncullah tradisi baru iaitu budaya intelektual yang berteraskan akidah Islamiah mengambil alih budaya lama. Budaya yang mengiktirafkan golongan intelektual ahli fikir, ilmuan yang kemudian dikenali sebagai “Ulama”


Terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 247 Allah (subhanahu wata’ala) berfirman; Maksudnya: “Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui”.

Selain ini, supaya hamba Nya (subhanahu wata’ala) tidak menjadi mangsa kepada jin-jin dan syaitan yang dilaknat. Allah (subhanahu wata’ala) berfirman didalam surah al-Ana’am ayat 100; Maksudnya : “Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): "Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan", tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan”.

Dalam surah Yusuf ayat 22, Allah berfirman ;Maksudnya: “Dan tatkala dia cukup dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”.

2. Berasaskan konsep “Tauhid”

Penyerapan anasir Hindu – Budha telah mempertingkat tanggapan budaya beragama mereka kepada tahap mistik dan simbolik yang amat tinggi dari apa yang dapat difahami oleh shamanisme Melayu yang lebih bersifat pemujaan nenek moyang (poyang), animisme tempat dan kawasan serta animatisme semangat bagi pelbagai benda. Sistem dan kepercayaan daripada benua India meningkat tanggapan dan kefahaman terhadap alam semesta yang lebih luas dengan watak dan kuasa luarbiasa yang lebih agung serta kosmologi yang lebih kompleks.


Asas daripada tauhid kepada Allah (mahasuci dan maha tinggi) sekaligus berjaya melepaskan mereka dari kemelut pemujaan kepada benda, nenek moyang jambelang dan hantu syaitan yang dipercayai mereka dari dahulu kala.


Didalam surah al-Anbiya’ ayat 92, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”


3. Konsep “kenabian”


Justru, kemasukan Islam ke alam Melayu tidak ubah seperti proses subversive, yang menebang dari akar umbinya kepercayaan bersumberkan alam animism serta Hindu Budha, yang masak mekar dalam minda orang-orang Melayu setiap lapisan masyarakat. Islam tidak hanya menukar tetapi juga menokok tambah pelbagai sistem yang diperlukan oleh semua manusia, sistem yang dibina semula antaranya seperti ; Aqidah,Pergaulan, Jual beli dan Nikah kahwin.


Kedatangan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah untuk semua kaum berjaya memimpin manusia membersihkan aqidah mereka dari pengaruh dewa dewi Hindu yang berfungsi sebagai kuasa ketuhanan itu sendiri. Demikian juga pelbagai bentuk roh, jin, syaitan,hantu jembalang serta mambang Melayu.


Dalam surah al-Hajj ayat 52 Allah berfirman; Maksudnya : “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Dalam konteks ini, Islam telah menukar norma sistem nilai dan spirit orang Melayu bersesuaian dengan ajaran Sunnah Al-Nabawiyah itu, seperti yang terdapat didalam masyarakat Mealyu kini antaranya seperti ;

           1. Sistem khilafah, yang dijelmakan sebagai pemerintahan beraja dalam konteks melayu. Nabi Muhamada (saw) telah menganjurkan sistem politik yang lebih telus adil dan saksama berdasarkan contoh daripadanya dan para Khulafa urrasyidin. Sistem Raja yang sedia ada di Patani mula berubah kepada Raja yang bergelar “Zillullah fil alam” yang membawa makna Raja yang menjaga perintah Allah dimuka bumi

           2. Rasulullah pembawa rahmat kasih sayang dan rendah diri, sikap berpada dengan apa yang ada, “Qanaah”. Melalui konteks ini orang melayu tidak suka bising walaupun dalam keadaan susah dan merana. Budaya Melayu tidak suka meminta pertolongan daripada pihak berkuasa dalam hal rizki dan kehidupan sendiri. Lainlah pula dengan golongan yang lain dalam masyarakat Thai di bahagian-bahagian lain seperti timur laut, utara dan bahagian tengah, jika hasil pertanian mereka tidak dapat dijual atau dijual denganharga yang merugikan mereka akan tunjuk perasaan serta melakukan mogok menuntut supaya pemerintah membayar ganti rugi mereka. Hal seperti ini tidak berlaku di bahagian selatan Thai walaupun hasil pertanian mereka tidak dapat dijual dengan harga yang memuaskan, buah dokong yang pada mulanya bernilai melebihi daripada 100 TB / kg. kini dijual sekadar 15-20 TB. sahaja.

           3. Berbudi Bahasa, Allah berfirman dalam surah Lukman ayat 19; Maksudnya : “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”.


Dalam konteks ini pepatah melayu berbunyi

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam perlahan-lahan”


Membawa maksud supaya berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarang boleh membawa akibat yang buruk.


Antaranya lagi seperti


“Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api”


maksudnya perkataan yang lemah lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah.

-bersambung-

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda