01 July 2010

ประชุมย่อยอาหรับลีก แนะตั้งกองกำลังร่วมรักษาสันติภาพ

ทริโปลี – การประชุมผู้นำ 5 ประเทศอาหรับที่ลิเบียเสร็จสิ้นลงแล้วเมื่อวันจันทร์ (28/06) โดยมีการออกแถลงการณ์สรุป และแนะนำว่า ประเทศกลุ่มอาหรับควรจัดตั้งกองกำลังร่วมเพื่อรักษาความสงบ ผู้นำจากประเทศอียิปต์ อิรัก กาต้าร์ เยเมน และลิเบีย รวมทั้ง อัมรฺ มูสซา เลขาธิการกลุ่มอาหรับลีกคนปัจจุบัน เข้าร่วมการประชุมที่กำหนดเสร็จสิ้นภายใน 1 วัน ในแถลงการณ์ยังระบุว่า ที่ประชุมเห็นพ้องกันให้มีการประชุมใหญ่เต็มรูปแบบ ปีละ 2 ครั้ง โดยการประชุมครั้งแรกจะมีการนำเสนอประเด็นต่างๆ รวมทั้งการแสดงความคิดเห็นและให้คำแนะนำ ส่วนในการประชุมครั้งที่ 2 จะเป็นการลงมติในประเด็นที่พิจารณากันแล้ว ที่ประชุมยังเห็นชอบแนะนำให้จัดตั้งคณะกรรมการบริหาร ที่ประกอบด้วยผู้นำของรัฐบาลประเทศสมาชิก เพื่อดูแลจัดการให้มติของที่ประชุมเข้าสู่ขั้นตอนการปฏิบัติ รวมทั้งควรมีคณะกรรมการที่ประกอบด้วยรัฐมนตรีด้านเศรษฐกิจ และการค้าด้วย ที่ประชุมเห็นชอบให้มูสซา ทำหน้าที่ควบคุมดูแลให้มีการจัดตั้งคณะกรรมการดังกล่าว และทำหน้าที่ด้านที่เกี่ยวข้องกับ การป้องกัน, กิจการต่างประเทศ, ความมั่นคง, ด้านพลังงาน, ด้านเศรษฐกิจ, ด้านการศึกษา รวมทั้งด้านการเกษตร และแหล่งน้ำ กลุ่มอาหรับลีกก่อตั้งขึ้นในปี 1945 เพื่อสนับสนุนความร่วมมือระหว่างประเทศสมาชิกในภูมิภาค แต่มักถูกวิพากษ์วิจารณ์ว่าเป็นเสือกระดาษ เพราะไม่ได้มีบทบาทในการแก้ปัญหาเท่าที่ควร สำนักงานใหญ่ของอาหรับลีกตั้งอยู่ที่ไคโร - มุสลิมไทยดอทคอม : 29 มิย. 53 11:23:23 www.muslimthai.com

29 June 2010

NIDA News Letter

The National Institute of Development Administration(NIDA) สถาบันบันฑิตพัฒนบริหารศาสตร์ เปลี่ยนแปลงภาพลักษณ์ใหม่ เชิญนิสิตเก่าและใหม่เยี่ยมชมเว็บไซต์ของสถาบันได้โดยการคลิกตรงที่มีสัญลักษณ์ให้คลิกได้เลย Read more: NIDA News Letter นิสิตเก่า 2549

28 June 2010

Sijjiin kitab suratan amal orang berdosa

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menerangkan orang yang mengurangkan timbangan hanya orang yang mengingkari ancaman Allah SWT, iaitu ancaman tentang peristiwa penahanan di hadapan Allah SWT, hitungan amalan dan seksaan kepada orang kafir dan derhaka. Seterusnya Allah SWT memerintahkan mereka menyudahkan perbuatan dosa mereka dan menerangkan bahawa penderhaka itu telah disediakan buku catatan amalan untuk dihitung segala amalan. Kemudian ditulis: Kecelakaan besar bagi orang yang mendustakan hari pembalasan. Firman Allah SWT: Tidak sepatutnya (Mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari Akhirat)! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin". Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "Sijjiin" itu. Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa). Syed Qutub berkata: Maksud kata-kata al-Fujjar ialah penderhaka yang melampaui batas, maksiat dan dosa. Syeikh Muhammad Abduh berkata: Boleh jadi kata sijjin diambil dari bahasa Habsyah (Euthopia) yang bererti lumpur. Boleh jadi catatan amalan para penderhaka itu ditulis dalam sejenis lumpur atau dengan menggunakan lumpur sebagai tinta. Ini merupakan misalan amalan mereka begitu buruk sehingga ditulis dengan sesuatu yang sangat remeh dan buruk iaitu lumpur. Firman Allah SWT: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka! Mohd Quraish Shihab berkata: Setelah ayat yang lalu menjelaskan tempat kitab amalan para penderhaka, ayat di atas menjelaskan kecelakaan yang menanti para penderhaka itu. Al-Maraghi berkata: Orang yang mendustakan hari Pembalasan adalah orang yang melanggar kebenaran dan membiasakan diri berbuat kejahatan (dosa-dosa). Oleh yang demikian, dia sukar untuk mempercayai berita yang berkaitan dengan akhirat. Disebabkan dia tidak mahu memerhatikan dalil-dalilnya dan merenungkan bukti kebenarannya sehingga dia sendiri mencari dalih untuk mengingkari, menganggap remeh kerana kelalaiannya atau menguntungkan angan-angan kepada pertolongan para wali atau pemberi syafaat. Sementara itu, orang yang memihak kepada keadilan dan berdiri dengan syariat dan sunnah Allah SWT pada alam ini amat mudah baginya untuk membenarkan adanya hari akhir yang sesuai dengan kecenderungan yang ada pada dirinya. Firman Allah SWT: (sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, ia berkata: Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala! Syed Qutub berkata: Ini kerana terdapat dalam al-Quran kisah-kisah umat terdahulu yang diceritakan Allah SWT bertujuan memberi pengajaran dan contoh teladan. Ia juga untuk menunjukkan undang-undang Allah SWT tetap dan tidak pernah meleset untuk menghukum manusia dengan tepat, teratur dan tidak dapat dihindari mereka. Al-Maraghi berkata: Ayat tersebut boleh difahami bahawa dongengan adalah kebatilan yang diperlihatkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Lalu mereka mendustakannya. Padahal yang demikian itu mereka tidak mahu. Dengan demikian kami bukan orang yang pertama mendustakan hingga kamu sendiri menyangka kebohongan kami dianggap tergesa-gesa. Kami hanya mengikut nenek moyang kami yang terdahulu. Penutup Ayat-ayat yang dibicarakan ini jelas menunjukkan ancaman kepada golongan yang mengurangkan sukatan timbangan tetapi melebihkan bagi pihak mereka sendiri. Ini perangai yang dimurkai Allah SWT kerana wujudnya unsur penipuan, kezaliman dan ketidakadilan. Semoga Allah SWT memelihara kita daripada terjebak dari perbuatan tersebut sebaliknya menjadi insan rabbani yang penuh dengan sifat amanah. Sumber asal: Utusan Online

Tahniah lesen judi bola sepak tidak diluluskan

ABDUL RAZAK IDRIS Banting, Selangor السلام عليكم ورحمة الله وبركاته APABILA lesen judi dikhabarkan hendak dilesenkan, satu Malaysia riuh-rendah ingin ia tidak diluluskan. Namun dalam kelegaan kita judi bola tidak diluluskan, ia sedikit pun tidak menyebabkan tahi judi berasa tergugat. Tidak kira berapa orang VIP dikatakan telah lari ke luar negara kerana menjadi peneraju judi kerana sikap berjudi di seluruh dunia melangkau sempadan globalisasi. Siapa yang mampu menyekat jika orang kita hendak berjudi di Las Vegas mahupun di seberang sempadan. Jika kita bercakap soal judi zaman Tok Kaduk, mungkin jika ia diharamkan untuk rakyat negara ini ketidaklulusan lesen menjadi satu mekanisme cukup baik, namun nampak cantik pada permukaannya sahaja. Kolum Cuit tulisan Datuk Zaini Hassan perihal judi dua minggu lepas yang amat disukai oleh salah satu etnik di negara kita amat mencuit hati sebuah akhbar berbahasa Inggeris untuk menterjemahkannya ke bahasa tersebut. Mungkin pihak yang membaca akan terasa disindir kerana selama ini mereka tidak mengakui judi itu haram dan tidak bermoral dan itulah perkara yang dilakukan setiap hari dalam kehidupan. Walaupun kita tidak bertaruh berapa banyak Ringgit Malaysia, namun ada yang menepuk dahi apabila ramalan yang dibuatnya salah sehingga mencetuskan pergaduhan dan bertegang leher sesama kawan dan suami isteri. Itu perlu juga kita kaji. Ia sebenarnya bukan setakat soal judi wang tetapi judi fakta berdasarkan analisis. Dalam Islam membuat ramalan sehingga bermasam muka juga satu perkara yang berdosa besar termasuk kategori bertenung nasib atau menilik. Jangan lupa dalam Islam ada tujuh pembinasa besar bukan hanya judi yang boleh menyebabkan kerosakan dalam masyarakat. Turut menjadi fokus kita adalah untung politik dan untung perjuangan menjaga nilai-nilai agama dan moral. Ada kisah satu golongan aktivis yang berhempas pulas berkumpul dan bermesyuarat sehingga pihak luar yang ingin mendengar atas dasar prihatin disuruh pulang kerana pada mereka perjuangan menghapuskan judi bola hanya untuk mereka sahaja. Namun apabila diajak berjuang untuk menggalakkan anak-anak kita yang bersidai menonton bola sehingga ke pagi supaya pulang ke rumah menunaikan ibadat dan berehat (tidur) tidak pula dilakukan. Bukankah itu juga wajar diperjuangkan. Bola sepak memang bagus, yang tidak bagusnya adalah judi. Kita perlu ingat sebagai sebuah negara majmuk, kita tidak boleh melihat judi sahaja yang boleh merosakkan keluarga dan masyarakat kerana perjuangan untuk bangsa dan agama biar seimbang dengan gejala sosial yang melanda kita hari ini. Langkah mengharamkan judi tidak akan membuatkan tahi judi insaf, atau kita mengharapkan mereka hanya duduk seronok menonton bola sepak Piala Dunia hingga tamat. Jika saluran judi haram boleh digunakan, soal lesen ada atau tidak langsung tidak menjadi kudis kepada mereka. Dalam era siber ini, setiap pertaruhan boleh dibuat menggunakan satu jari sahaja, jika kita melayar Internet bukan sahaja ada tawaran bertaruh, malahan turut disiapkan dengan ramalan oleh agensi judi tertentu. Itu belum dimasukkan lagi dengan ramalan oleh blogger-blogger kelas profesional dan blogger yang langsung tidak ada kelas. Judi bola haram sinonim dengan judi ekor haram yang dari dulu telah wujud. Sehingga kini, ia tidak mampu dibanteras oleh pihak berkuasa, kerana apabila ia dilakukan kecil-kecilan sukarlah pula untuk dipantau. Lain pula dengan judi bola jika lesen diberi sudah pasti ramai orang luar yang akan 'melabur' disebabkan kadar pertukaran mata wang asing yang tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Jika orang tempatan membuat pertaruhan, jawabnya kalau masuk satu ribu, rugi pun satu ribu, akibatnya 'along' pula yang akan menolong. Berjudi memang kerja orang yang malas berusaha secara positif, memang tepat pada masanya judi bola tidak dibenarkan. Hari ini, Piala Dunia, esok mereka minta pula judi untuk English Premier League sebab sudah beri cukai yang tinggi, sedangkan cukai itu datang dari duit tahi judi yang sudah pasti duit tidak ikhlas sifatnya. Sebaik-baiknya judi dan enam dosa besar yang lain dalam agama Islam perlu dikaji untuk dibanteras jika ada kewajaran. Namun biarlah ia dibuat penuh hikmah dan kewajaran untuk semua rakyat negara ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan judi bola sepak ini diluluskan di negara kita. Ini bukan bermakna kemenangan kepada perjuangan kita tetapi ia lebih kepada rasional dan zaman ini di mana kita terlalu mewah dengan sukan dan hiburan sehingga ia pun turut hendak diperjudikan. Bayangkan jika judi bola sepak diluluskan, berapa banyak wang yang akan dimenangi oleh pihak yang langsung tidak terlibat dengan perlawanan tersebut. Kerana apabila berlawan pasti ada pihak yang akan tewas dan yang menang. Jika ramalan tahi judi salah, sudah para pemain bola sepak akan mendapat musuh yang dirinya sendiri tidak kenal. Namun itulah hakikat Piala Dunia penuh dengan kejutan dan kehebatan. Jangan berjudi dengan duit mahupun dengan fakta dengan membuat ramalan kerana bola itu bulat. Elakkan berjudi secara haram kerana menurut Islam bukan nilai judi dipertimbangkan sebagai dosa tetapi perbuatan berjudi itu sendiri jelas berdosa dan bayangkan jika kita hanya bertaruh sebungkus mi segera. Agak tidak berbaloi.