15 July 2010

Umat Islam Perlu Tanda Aras Status Negara Berpendapatan Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Umat Islam memerlukan penanda aras seperti dalam bidang pendidikan, teknologi, pembangunan insan dan penyelidikan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata bidang lain yang memerlukan penanda aras itu ialah peningkatan statistik graduan kelas pertama, kadar literasi penduduk serta perkembangan produktiviti pekerja melalui kreativiti dan inovasi dalam disiplin ilmu yang bersepadu. "Jika kejayaan ini dapat dicapai, maka umat Islam dan pemimpin negara Islam akan berupaya mencipta model ekonomi yang mandiri, menandingi model lapuk tinggalan Amerika Syarikat dan Barat," katanya ketika merasmikan Seminar Model Baru Ekonomi:Tinjauan Dari Perspektif Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini Selasa. Abdullah yang juga Pengerusi IKIM, berkata penduduk dalam ekonomi berpendapatan tinggi mempunyai taraf yang lebih baik berbanding penduduk dalam ekonomi berpendapatan sederhana tinggi. Selain itu, Abdullah berkata pendekatan penyusunan ekonomi melalui amalan konvensional banyak menimbulkan masalah kepada kestabilan dan kesejahteraan ekonomi. Sehubungan itu, satu model baharu ekonomi diperlukan, khusus bagi memenuhi keperluan negara Islam, katanya. Beliau berkata model baharu tersebut bermaksud model yang keluar daripada rangka kerja lama dan mempunyai nilai-nilai Islam yang boleh menjadi penyelamat dan rahmat kepada ummah serta dapat melonjakkan imej, maruah dan harga diri umat Islam, selain mempunyai asas dan nilai tambah untuk keadilan, kesejahteraan dan kestabilan ekonomi sejagat. "Semangat dalam menerapkan nilai keadilan dan nilai amanah Islam perlu berpandukan prinsip al-'adl wal ihsan - iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat," katanya. "Pendekatan Islam amat menitikberatkan soal keadilan dalam semua perkara, mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu," kata Abdullah. ---------- Muslims Need Benchmarking To Attain High-income Nation Status, Says Abdullah 13/07/2010 KUALA LUMPUR, July 13 (Bernama) -- Muslims need benchmarking in education, technology, human development and research to attain high-income nation status, says former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi. Increase in first-class graduate statistics, people's literacy rate and workers' productivity through creativity and innovation are among other areas that need benchmarking, he said. "If success is achieved in these fields, Muslims and Islamic country leaders will be able to come up with a self-sustainable economic model, rivaling the obsolete economic model left behind by the United States and the West," he said when opening a seminar entitled "New Economic Model: From The Islamic Perspective" hosted by the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). Abdullah, who is also IKIM chairman, said the people in the high-income economy would enjoy better living quality than those in the medium-high income economy. He also said the approach to revamp the economy through conventional practices created numerous problems to economic stability. Hence, a new economic model was needed, specially to meet Islamic nations' requirements, he said. Abdullah said the model must be different from the old economic framework and have embedded Islamic values that can be a "saviour and blessing" to Muslims and can bolster their image, dignity and integrity besides having the basic fundamentals and added-value for justice, well-being and global economic stability. "The spirit to instil Islamic values of justice and trustworthiness must be based on the principles of al-adl wal ihsan -- observe the spirit of justice and unity. "The Islamic approach stresses on justice in all respect, prohibits all forms of exploitation, corruption, charging interest, unfair monopoly, market manipulation and all forms of cheating or cruel deeds that victimised certain groups," he added. -- BERNAMA -- BERNAMA