31 January 2009

SOMALI MPs ELECT NEW PRESIDENT

Opposition leader Sheikh Sharif Sheikh Ahmed has been elected as new president of Somalia after a run-off parliamentary vote in neighbouring Djibouti. Ahmed, the chairman of the Alliance for the Re-Liberation of Somalia (ARS) and the leader of the Islamic Courts Union, won the necessary 293 votes in a second round of voting just before 4am local time (0100GMT) on Saturday. The new president, who briefly ruled Mogadishu and most of southern Somalia in 2006 before being ousted by the Ethiopian military, defeated Maslah Mohamed Siad, son of ex-president Mohamed Siad Barre. "We have 293 votes for Sharif Sheikh Ahmed and 126 for Siad," Hussein Mohamed Jama, the head of the presidential electoral commission, said. "I declare Sharif Sheikh Ahmed the president of Somalia after winning this election," Aden Mohamed Nur, the parliament speaker, said.

PM TURKI KECAM PERES"You are killing people."

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka." Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza." Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah." "Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2) Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3). Smber: BeritaHarianOnline See more from CNN.

29 January 2009

Israel bedil terowong Palestin

Seorang lelaki Palestin memeriksa terowong yang menghubungkan Genting Gaza dengan Mesir selepas serangan udara tentera Israel di kem pelarian Rafah di selatan Gaza, semalam manakala gambar kecil, lelaki itu turun ke dalam terowong
GAZA 28 Jan. – Sebuah pesawat perang Israel awal hari ini, membedil beberapa terowong yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk menyeludup barang keperluan dan senjata di sempadan Genting Gaza dengan Mesir. Serangan tersebut dilancarkan hanya beberapa jam sebelum duta khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell dijadual tiba di negara Yahudi itu. Penduduk Palestin di pekan Rafah, Genting Gaza dan pegawai keselamatan Hamas berkata, sebilangan penduduk mula meninggalkan rumah mereka dalam ketakutan apabila pesawat berkenaan melancarkan tiga serangan sebelum subuh. Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa. Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan, Israel melancarkan serangan udara ke atas terowong penyeludupan di Rafah. Bedilan itu sebagai membalas serangan pejuang Palestin di Gaza ke atas sebuah kenderaan tentera Israel semalam, kata jurucakap itu. Dalam serangan semalam, seorang askar Yahudi maut dan tiga yang lain cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena serangan bom. Ekoran itu, Israel segera melancarkan serangan udara yang membunuh seorang lelaki Palestin yang bermotosikal dan didakwa oleh tentera Israel sebagai perancang letupan bom tepi jalan itu tetapi menurut sumber Palestin, lelaki itu hanyalah seorang petani. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert malam tadi berkata, pembunuhan lelaki bermotosikal itu hanyalah reaksi awal dan Israel akan melancarkan tindakan balas sepenuhnya tidak lama lagi. Insiden berbalas-balas serangan semalam, adalah yang pertama sejak Hamas dan Israel mengisytiharkan gencatan senjata berasingan pada awal bulan ini berikutan serangan rejim Zionis selama 23 hari ke atas Genting Gaza. – Reuters

28 January 2009

Palestin: Pemerintah Mesir didakwa pengkhianat

SAANA, Yaman: Baru-baru ini sebuah pertubuhan pelajar telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut Latar belakang beliau yang berasal dari Palestin dan pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin yang selalu dijadikan tempat rujukan dalam isu-isu negara tersebut. Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ahmed Al-Bashy yang merupakan Ketua Bahagian Kajian dan Penyelidikan, 'Paletinian Return Community' (Wajeb) yang berpusat di Damsyik, Syria. Dalam majlis itu, Dr Omar menjelaskan latar belakang peristiwa yang sedang berlaku di wilayah Gaza ketika ini. Enam bulan lalu, satu usaha gencatan senjata telah dilakukan dengan harapan tiada berlaku serangan di antara dua pihak. Antara syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin. Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5 peratus keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah. Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya. Dr Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beriya-iya menuntut Hamas menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu. Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir. Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan Hamas 'dipancung kepalanya'. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: "Kami tidak akan membiarkan Hamas mencapai kemenangan dalam peperangan ini!" Dr Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan Hamas dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya. Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza. Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu. Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh. Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas. Kata Dr Omar lagi: "Kita adalah umat yang bersedia untuk menghadapi kematian, manakala orang-orang Yahudi sangat cinta pada kehidupan dunia." Penduduk Gaza sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Dr Omar juga pada akhir ucapannya secara menegaskan: ?Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat. "Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah." Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza
Laporan:Imran Al-Malizi Klik untuk maklumat lanjut

27 January 2009

SEKOLAH BARU,BUMBUNG LANGIT LANTAI PASIR

"Kami kehilangan generasi seterusnya," kata pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, John Ging di Gaza.
KANAK-kanak Palestin melukis di atas kertas yang diberikan oleh para kaunselor di Jabalya, di utara Tebing Gaza, semalam. Gambar-gambar yang dilukis merujuk kepada peperangan yang mereka alami semasa serangan Israel baru-baru ini, seperti lukisan di atas yang menunjukkan kereta kebal menghalakan muncung ke arah rumah. - Gambar AP
Jabalya, Genting Gaza 26 Jan. - Puluhan kanak-kanak Palestin duduk berselimutkan kain berwarna-warni sambil melukis dan dikelilingi oleh persekitaran bukit-bukit timbunan runtuhan rumah mereka.
Di Gaza, Pusat Hak Asasi Manusia rakyat Palestin melaporkan seramai 280 kanak-kanak daripada 1,285 terbunuh sementara lebih 4,000 lagi cedera ringan. Seorang kanak-kanak yang berlindung di sekolah PBB, Ansam Rahel, 10, terpaksa menerima jahitan besar di kepala selepas terkena serpihan bom tentera Israel yang menyerang sekolah berkenaan. Abu Hein yang merupakan ahli psikologi yang menguruskan pusat komuniti kesihatan di Gaza City berkata, kumpulannya telah menemuramah 950 keluarga dan di antara mereka terdapat 2,180 kanak-kanak di pusat perlindungan PBB seluruh Genting Gaza. Kebanyakan keluarga memberitahu anak-anak mereka tidak mahu berjauhan dengan mereka dan satu pertiga pula menyatakan mereka mahu tidur bersama dalam satu bilik. Sejak gencatan senjata minggu lalu, pusat Abu Hein dan kumpulan pertolongan telah menghantar pasukan mereka ke kawasan-kawasan yang musnah untuk memberi kaunseling kepada kanak-kanak. - AP

26 January 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Pada 26hb Januari 2009 ini akan berlaku gerhana matahari Anulus selama 3 jam 46 minit dimana ketika itu bulan akan menutupi matahari (tidak sepenuhnya). Di Malaysia, gerhana matahari akan kelihatan dari jam 3:30pm(waktu Thailand) hingga 6:00pm. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur waktunya adalah dari 16:31:32 hingga 18:58:55. " Sabda Nabi :saw إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله تعالى لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله تعالى وإلى الصلاة “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Maka apabila kamu melihat gerhana, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan mendirikan solat.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

1.5 juta rakyat Palestin sedia syahid - Hamas

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi.
Mereka bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel. "Kami bukan lagi menangisi rumah, sekolah, hospital dan harta benda lain yang musnah dibedil tentera Yahudi sebaliknya kemuliaan sekarang untuk menghadapi mati syahid. "Inilah cita-cita terbaik yang ada pada setiap rakyat ketika darah masih mengalir dan api masih menyala di bumi Palestin sekarang," kata seorang pemimpin Hamas, Najis Suris Al Ghaza
Beliau mendedahkan perkara itu pada program Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi. Program tersebut dianjur kerajaan negeri, dihadiri lebih 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum. Mereka senada mengutuk keras keganasan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Palestin sekarang
Najis berkata, umat Islam di Gaza sejak dahulu lagi yakin dengan janji Allah bagi memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya. Kata beliau pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin oleh tentera Yahudi bukan perkara baru, malah ia berlaku sejak 1948 lagi apabila Israel menceroboh bumi Palestin
Menurutnya rentetan keganasan Yahudi dapat dilihat di Sabra dan Satila pada 1984 apabila ramai umat Islam mati dibunuh dengan kejam. "Jangan mengharapkan Israel akan berdamai dengan umat Islam kerana ia tidak menjadi matlamat bagi mereka. Malah pemimpin Yahudi akan dianggap wira oleh rakyatnya apabila dapat melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin. "Pemimpin yang berjaya mencetuskan peperangan akan dipuji rakyat Israel. Bagaimanapun mereka lupa kekuatan sebenar hanya dimiliki Allah Taala," katanya. Katanya juga Hamas di bawah Perdana Menteri, Ismail Haniyah akan terus bersama rakyat bagi menghadapi serangan Israel. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip malam tadi akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain

25 January 2009

Israel sah guna bom kimia

Israel tolak permintaan antarabangsa untuk membuka sepenuhnya sempadan di Genting Gaza bagi memudahkan bantuan disalurkan. Amnesty International mengesahkan terdapat bukti tentera Israel menggunakan bom mengandungi fosforus putih semasa menyerang Gaza. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Malaysia to accept Gitmo detainees

Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said on Saturday the country wants to bring home two Malaysians held at the Guantanamo Bay detention facility which US President Barack Obama has ordered shut within a year. "We'd like to bring both of them home so that they could continue to serve their sentences in Malaysia," Abdullah told state news agency Bernama Saturday."President Obama's decision must have gone down well with many countries and Malaysia too is happy because he has fulfilled his promise," he added.