21 May 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Huru-hara kiamat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI السلام عليكم ورحمة الله وبركاته SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya. Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat". Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu. Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan. Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT. Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu) Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala. Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting. Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu. Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi. Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku. Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi. Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja. Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah. Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam". Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi. Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh? Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya. Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya. Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghilang. Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah. Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang. Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s. Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan. Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya. Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak. Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya. Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh. Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin. Naskhah asal:Utusan online

TAUBAT MAKSIAT:WALI BAND

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

20 May 2010

ขอแสดงความยินดีกับนายอาศิส พิทักษ์คุมพล จุฬาราชมนตรีคนใหม่

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ชื่อ/สกุล นายอาศิส พิทักษ์คุมพล อายุ 63 ปี สถานที่เกิด... ตำบลหัวเขา อำเภอสิงหนคร จังหวัดสงขลา การศึกษา... สถาบันการศึกษาปอเนาะในจังหวัดสงขลาและปัตตานี ความสามารถทางภาษา - อาหรับ, ยาวี, บาฮาซอ มาเลเซีย, บรูไน, อินโดนีเซีย ตำแหน่งในปัจจุบัน - ประธานคณะกรรมการอิสลามประจำจังหวัดสงขลา (ปี พ.ศ.2530 – ปัจจุบัน) - รองประธานคณะกรรมการกลางอิสลามแห่งประเทศไทย คนที่ 1 - สมาชิกสภาที่ปรึกษาเสริมสร้างสันติสุขจังหวัดชายแดนภาคใต้ - ประธานคณะกรรมการยุติธรรม ความเสมอภาค และความมั่นคง ในสมาชิกสภาที่ปรึกษาเสริมสร้างสันติสุขจังหวัดชายแดนภาคใต้ - ประธานคณะอนุกรรมาธิการกิจการฮัจญ์ ในสมาชิกสภาที่ปรึกษาเสริมสร้างสันติสุขจังหวัดชายแดนภาคใต้ - คณะกรรมาธิการวิสามัญติดตาม เร่งรัด ประเมินผลการแก้ไขปัญหา และการพัฒนาจังหวัดชายแดนภาคใต้ วุฒิสภา - ประธานคณะทำงานปรับปรุง ยกร่างพระราชบัญญัติว่าด้วยครอบครัวและมรดกตามหลักการอิสลาม - ประธานคณะอนุกรรมาธิการกิจการฮัจญ์ ในคณะกรรมาธิการวิสามัญติดตาม เร่งรัด ประเมินผลการแก้ไขปัญหาและการพัฒนาจังหวัดชายแดนภาคใต้ วุฒิสภา - คณะกรรมการนโยบายและอำนวยการการเยียวยาผู้ได้รับผลกระทบสืบเนื่องจากสถานการณ์ความไม่สงบในจังหวัดชายแดนภาคใต้ - คณะกรรมการส่งเสริม มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตหาดใหญ่ อดีต- สมาชิกวุฒิสภา (ปี พ.ศ. 2539 – 2543) - คณะกรรมการอิสระไต่สวนข้อเท็จจริงกรณีเหตุการณ์มัสยิดกรือเซะ - คณะกรรมการอิสระไต่สวนข้อเท็จจริงกรณีเหตุการณ์ตากใบ - ประธานชมรมคณะกรรมการอิสลามประจำจังหวัด 14 จังหวัดภาคใต้ - ประธานคณะทำงานปรับปรุงยกร่างพระราชบัญญัติว่าด้วยครอบครัวและมรดกตามหลักการอิสลาม - กรรมการจัดทำหลักสูตรและตำราอิสลามศึกษา กรมวิชาการ กระทรวงศึกษาธิการ - กรรมการจัดทำหลักสูตรและตำราอิสลามศึกษา สมาคมคุรุสัมพันธ์ - คณะกรรมการส่งเสริม มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตปัตตานี - คณะกรรมการส่งเสริม วิทยาลัยอิสลามยะลา การศึกษาดูงาน - ประเทศซาอุดิอารเบีย - ประเทศอังกฤษ - ประเทศสาธารณรัฐอาหรับอียิปต์ - ประเทศเกาหลี - ประเทศจอร์แดน - ประเทศฮ่องกง - ประเทศบรูไน - ประเทศมาเลเซีย - ประเทศอิหร่าน - ประเทศสิงคโปร์ - ประเทศอินโดนีเซีย - ประเทศสาธารณรัฐอาหรับเอมิเรตส์ - ประเทศสาธารณรัฐประชาชนจีน

17 May 2010

Clashes continue in Bangkok

BANGKOK, May 16 (Xinhua) -- Thai cabinet on Sunday approved imposition of emergency law in five provinces in northeast area, which will put 22 provinces under the law. Earlier, the protesters' leader called for talks with the government under the United Nations mediation. Government spokesman Panitan Wattanayagorn a crackdown on "red- shirts" will continue despite their plea for UN-mediated talks. Sunday afternoon, the government announced abandonment of a planned curfew in Bangkok area as there were no immediate necessary The five provinces are Ubon Ratchathani, Mahasarakham, Roi Et, Sakon Nakhon and Nong Bua Lampu. Earlier, Prime Minister Abhisit Vejjajiva has declared emergency in 17 provinces, including five in northeast area, the stronghold of the anti-government "red-shirt" movement. Meanwhile, the cabinet also approves a two-day holidays from Monday in Bangkok. Read more:Xihua