29 November 2008

Hidup Mesti Berprinsip Dan Berpendirian

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.” (at-Tirmidzi) 1. Hidup memerlukan pedoman yang betul agar kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesedaran dan tanggungjawab.
2. Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.
3. Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkanlah akhlak yang baik terhadap mereka agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Ia mudah cenderungan untuk melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain.

27 November 2008

Orang Berkemampuan Dituntut Untuk Berkorban

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya” (Ahmad dan Ibnu Majah)
Ibadat korban adalah salah satu suruhan agama yang telah disyariatkan dalam Islam, oleh itu bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban, maka hendaklah berkorban demi melaksanakan syariat tersebut.2. Keutamaan binatang korban dimulai daripada unta, jika tidak ada unta berkorbanlah dengan lembu, jika tidak ada lembu berkorbanlah dengan tujuh ekor kambing.3. Korban yang paling sedikit ialah seekor kambing iaitu untuk seorang, manakala seekor unta atau lembu pula adalah untuk tujuh orang.

26 November 2008

Assalamualaikum Wr. Wb. Walaubagaimanapun harus bersyukur kerana dalam kesusahan masih juga terdapat ketenangan yang penuh dengan harapan. Ana, berada di wilayah Yala, selatan Thai yang sedang bergolak dan ditambahkan lagi dengan pergolakan politik di ibu negara Bangkok, yang kini sangat merucing keadaannya setelah kumpulan penunjuk perasaan berjaya merampas lapangan terbang antarabangsa Suwanabumi dan beberapa tempat setrategik yang jadi kontak jantung kepada pihak kerajaan pimpinan Somcai Wongsawad,dari parti People Power Party Ini kerana sebagai orang beriman kita tidak pernah berputus asa terhadap kehendak Ilahi apa yang ditentukan itulah pegangan kita Ana baru saja menelifon sahabat yang bertugas sebaga syekh haji dari lapangan terbang antara bangsa Bangkok yang kecewa dengan tindakan kumplan penunjuk persaan yang merampas lapangan terbang itu,walau bagaimanapun katanya anak jemaah haji beliau hanya 40-50 orang sahaja berbanding dengan orang lain yang terkandas sekian ramai lagipun beliau masih erpeluang menuntut ganti rugi dari pihak pemerintah yang tidak berdaya melindungi bisnis beliau pada satu masa ana juga sempat berkomunikasi melalui net dengan seorang hamba Allah dari semenanjung Malaysia dan ana mengajak beliau untuk datang beribadat qurban di Yala, Thailand pada tahun ini. Mulai hari ini anda akan dapat menemui ana melalui webblog Budi Info setiap hari Insya Alah, Ilalliqa' Wassalamualaikum Wr. Wb. Hj.Mohd.Suhaimi Hj.Ismail