03 July 2009

Seratus ribu tentera pun takdapat patahkan perjuangan jihad

Pemimpin tertinggi tentera melahirkan perasaan kesal terhadap perancangan ketenteraan di selatan Thai yang makin banyak dicurah badjet juga tenaga tentera masih juga tidak dapat mematahkan pertahanan pejuang kemerdekaan yang lahir semula ini. ส่งทหาร 3 แสนนายลงใต้ก็ไม่สงบ! เพราะศูนย์ดุล การรบอยู่ที่"สงครามความคิด" ไฟใต้ที่โหมกระหน่ำขึ้นมาอีกระลอก ทั้งๆ ที่รัฐบาลทุ่มงบลงไปแล้วเกือบ 1.1 แสนล้าน เปลี่ยนรัฐบาลมาแล้ว 5 ชุด แม่ทัพภาคที่ 4 อีก 5 คน มีกำลังเจ้าหน้าที่ฝ่ายความมั่นคงอยู่ในพื้นที่กว่า 60,000 นาย ทำให้หลายฝ่ายต้องย้อนกลับมาทบทวนว่าอะไรคือความผิดพลาดบกพร่อง และอะไรกันแน่คือต้นตอของปัญหาภาคใต้ ไม่ต้องมาเหนียมอายปลอบใจกันอีกแล้วว่า "เราเดินถูกทาง" ในวงเสวนามุมมองคนทำงานภาคใต้ ในการสัมมนาโครงการสร้างความเข้าใจต่อแผนยุทธศาสตร์การพัฒนากระบวนการยุติธรรมในจังหวัดชายแดนภาคใต้ ซึ่งจัดโดยกระทรวงยุติธรรม ที่อิมแพค เมืองทองธานี เมื่อวันที่ 1 ก.ค.2552 พล.ท.ดร.พีระพงษ์ มานะกิจ ที่ปรึกษาสภาความมั่นคงแห่งชาติ (สมช.) และอดีตโฆษกกระทรวงกลาโหม ตอบคำถามถึงประเด็นที่หลายฝ่ายกำลังทบทวนเอาไว้อย่างน่าสนใจ พล.ท.ดร.พีระพงษ์ เริ่มต้นว่า ปัญหาความไม่สงบในจังหวัดชายแดนภาคใต้มีหลายตัวแปร ทฤษฎีที่นำมาอธิบายปัญหาก็มีหลายทฤษฎี แต่ทฤษฎีไหนตรงกับสถานการณ์ที่เกิดขึ้นมากที่สุด ถ้าค้นหาได้ ก็จะแก้ปัญหาภาคใต้ได้สำเร็จ ทั้งนี้ ทฤษฎีแรกที่พูดกันมากคือ ความไม่สงบในจังหวัดชายแดนภาคใต้เกิดจากปัญหาเชิงการจัดการ ฉะนั้นถ้าเปลี่ยนโครงสร้างการจัดการก็จะแก้ปัญหาได้ ทฤษฎีที่ 2 คือปัญหาภาคใต้เกิดจากการการเปลี่ยนแปลงโครงสร้างอำนาจในพื้นที่ ฉะนั้นหากจัดระเบียบโครงสร้างอำนาจเสียใหม่ ก็จะแก้ไขได้ อย่างไรก็ดี ทฤษฎีที่น่าให้น้ำหนักมากที่สุด คือ "การผลิตซ้ำทางความคิด" ซึ่งมีกระบวนการในการดำเนินการ ผลิตซ้ำทางความคิดว่าคนที่นั่นไม่ใช่คนไทย เป็นคนมลายู ถูกรัฐไทยรุกรานทำให้ล่มสลาย ซึ่งในความเป็นจริงก็ไม่ใช่เช่นนั้นทั้งหมด กระบวนการผลิตซ้ำทางความคิดที่ว่านี้ทำให้เกิดความรู้สึกชาตินิยม ต้องการยึดดินแดนคืน หรือเนชันแนลลิซึม (nationalism) เมื่อนำมารวมเข้ากับการตีความศาสนาอย่างเข้มข้นในลักษณะของญิฮาดลิซึม (jihadlism) จึงเกิดเป็นปัญหาที่ปรากฏอยู่ในขณะนี้ "ฉะนั้นศูนย์ดุลของสงครามไม่ใช่เรื่องการทหาร ส่งกำลังไป 3 แสนนายก็ยึดได้แค่กายภาพ เฝ้าได้แต่เสาไฟฟ้า สถานที่ราชการ เมื่อฝ่ายก่อการเพิ่มตัวแปรมากขึ้น ก็ต้องแตกกำลังไปเรื่อยเพื่อไปยึดกุมทางกายภาพมากขึ้น ทั้งคุ้มครองครู คุ้มครองพระ คุ้มครองโน่นคุ้มครองนี่ แต่เอาชนะไม่ได้ เพราะศูนย์ดุลที่แท้จริงของสงครามอยู่ที่เรื่องทางความคิด ซึ่งตรงนี้ไม่มีใครทำเลย" พล.ท.ดร.พีระพงษ์ กล่าวต่อว่า กระบวนการผลิตซ้ำทางความผิดใช้อัตลักษณ์ ศาสนา และความอยุติธรรมเป็นตัวขับเคลื่อน ฉะนั้นเวลาที่สถิติการก่อเหตุร้ายลดลง ส่วนตัวจึงเห็นว่าไม่ใช่คำตอบที่จะมาบอกว่าสถานการณ์ภาคใต้ดีขึ้น เพราะอาจเป็นช่วงที่ฝ่ายโน้นเงียบลงเพื่อเตรียมการอะไรบางอย่างก็ได้ "สถานการณ์ภาคใต้เป็นเรื่องทางความคิด เป็นเรื่องทางการเมืองเป็นหลัก ฉะนั้นถ้าคิดแบบยุติธรรมทางอาญาคือจับคนไปเข้าคุก จะไม่มีวันแก้ปัญหาได้ มาตรา 17 สัตต (หมายถึงแนวทางการนิรโทษกรรม กำหนดไว้ในพระราชบัญญัติป้องกันการกระทำอันเป็นคอมมิวนิสต์ พ.ศ.2495 ซึ่งถูกยกเลิกไปแล้ว) น่าจะเป็นแนวทางที่ดีกว่า ลองคิดดูว่าเรารักชาติ เขาก็รักชาติเหมือนกัน เพียงแต่อาจจะรักแบบหลงทาง เรื่องแบบนี้มีมิติทางการเมือง จะไปดูแต่ว่าเป็นความผิดแล้วให้ศาลลงโทษคงไม่ได้" ที่ปรึกษา สมช.กล่าวอีกว่า การใช้ประเด็นชาตินิยม อันที่จริงก็ใช้กันทั้งสองฝ่าย คือฝ่ายก่อความไม่สงบก็ใช้ชาตินิยมมลายูมุสลิม ส่วนรัฐไทยเองก็พยายามทำลายความต่าง สร้างแต่ความเหมือน หากจะแก้ต้องเริ่มที่จุดนี้ "รัฐต้องมีคำตอบก่อนว่าจะเอาอย่างไรกับชนกลุ่มน้อย มีนโยบายเรื่องชนกลุ่มน้อยอย่างไร การแก้ปัญหาบางทีไม่ต้องใช้เงิน แต่ขออย่างเดียวว่าการจัดการปัญหาภาคใต้ต้องเป็นการเมืองของรัฐ ไม่ใช่การเมืองของพรรคการเมือง ไม่อย่างนั้นเปลี่ยนรัฐบาลที นโยบายก็เปลี่ยนไปเปลี่ยนมา" ส่วนยุทธศาสตร์การเมืองนำการทหารที่พูดกันมากนั้น พล.ท.ดร.พีระพงษ์ กล่าวว่า ไม่ใช่การเอาพลเรือนมาเป็นผู้บังคับบัญชาทหาร แต่ต้องย้อนกลับไปดูความขัดแย้งที่แท้จริงว่าอยู่ตรงไหน อยู่ตรงอัตลักษณ์ใช่หรือไม่ ฉะนั้นหากผู้รับผิดชอบในการแก้ไขปัญหาก้าวข้ามความแตกต่างไปได้ ก็จะเป็นจุดเริ่มต้นของความสำเร็จ แต่ถ้าก้าวข้ามไม่ได้ คือไม่ได้ยอมรับความแตกต่างอย่างแท้จริง ก็ขอให้กลับบ้านไปทำอย่างอื่นจะเหมาะกว่า!

30 June 2009

Neda ikon siapa?

CIA dikaitkan cubaan jadikan gadis Iran wira antikerajaan NEDA Aghan Soltan hanyalah gadis biasa Iran yang secara tiba-tiba menjadi popular selepas ditembak mati dalam satu tunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya Presiden negara itu, Sabtu lalu. Dalam sekelip mata, wanita berusia 27 tahun itu diangkat sebagai ikon pembebasan di Iran biarpun dirinya sudah tidak bernyawa lagi. Apatah lagi, namanya yang bermaksud ‘suara’ dalam bahasa Parsi, seakan melengkapkan lagi usaha pihak tertentu menjadikannya heroin pembebasan yang dilaungkan pembangkang serta pihak luar yang mahu melihat pembaharuan di Teheran. Apa yang pasti, imej detik-detik terakhirnya - tersungkur selepas ditembak, muka berlumuran darah dan cubaan menyelamatkannya terpampang di media Barat selain tersebar luas yang boleh diulang tayang di internet menerusi YouTube, Twitter dan Facebook dan di saksikan jutaan orang, sudah pasti meninggalkan kesan kepada mereka yang melihatnya. Renungan tajam matanya tepat ke kamera jurugambar amatur sebelum darah membuak dari mulut dan hidungnya akibat tembakan pada dadanya, hanya mengiyakan lagi tanggapan yang beliau sememangnya layak dinamakan ikon kerana menjadi mangsa perbuatan kejam pihak berkuasa. Tindakan kerajaan Iran melarang media membuat liputan bantahan jalanan itu, menyebabkan orang ramai sendiri menjadi sumber maklumat terpenting kekacauan itu. Kematian Neda saja dikatakan dirakamkan beberapa kamera selama 40 dan 14 saat dengan komen mendakwanya sebagai pejuang yang mati syahid. Namun, siapakah sebenarnya Neda? Apakah beliau seorang aktivis yang layak diberi gelaran ikon atau mangsa kerana secara kebetulan berada di tempat kejadian? Atau mungkinkah beliau dijadikan boneka pihak yang mahu menangguk di air keruh berikutan impak yang ditinggalkan Neda? Sebagai asas, maklumat berhubung pengenalan diri Neda juga mengandungi beberapa versi yang berbeza. Laporan awal menyatakan beliau sebagai remaja 16 tahun yang maut ditembak sewaktu berarak dalam tunjuk perasaan menentang kemenangan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pemilihan 12 Jun lalu. Versi seterusnya, mengesahkan Neda sebagai penuntut jurusan falsafah Universiti Islam Azad di Teheran. Anak kedua daripada tiga beradik, Neda tinggal bersama ibu bapanya di penempatan golongan pertengahan di timur ibu negara Iran. Beliau digambarkan sebagai seorang yang ceria dan positif. Biarpun belajar di universiti itu, Neda bukanlah seorang yang ekstrim pegangan agamanya. Beliau juga meminati muzik dan pernah mengikuti kelas biola sebelum berhenti dan belajar bermain piano. Malah, dia sudah pun membeli sebuah piano, tetapi jari jemarinya belum sempat memainkannya. Neda juga dikatakan suka mengembara dan baru pulang dari Turki, tiga bulan lalu. Kehadirannya di sekitar tempat bantahan di Amir-Abad juga ada beberapa catatan berbeza. Ada yang menyatakan beliau sememangnya menyertai perarakan antikerajaan itu manakala satu laporan lain mendakwa beliau menaiki kereta bersama seorang ahli keluarga dan guru pianonya. Kereta mereka terperangkap dalam kesesakan akibat perarakan itu. Berikutan keadaan panas, Neda melangkah keluar daripada kereta itu, berdiri dan sempat menggeliat untuk menghilangkan lenguh. Tunangnya, Caspian Makan, dalam temubual dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Isnin lalu, mendakwa Neda mangsa yang terperangkap di tengah-tengah pertembungan perarakan antikerajaan dengan anggota keselamatan. Neda, kata Makan, tidak mewakili mana-mana parti politik dan cuma prihatin dengan masa depan negaranya itu. “Dia berada dalam kereta dan ditembak selepas keluar untuk mendapatkan udara segar. Orang ramai cuba menyelamatkannya sejurus ditembak tetapi mati sebelum sempat tiba di Hospital Shariati,” kata Makan, mendakwa keluarga Neda juga terpaksa berdepan kesukaran ketika menuntut jenazahnya. Beberapa organ penting badannya turut diambil bagi tujuan pendermaan. Makan menuduh tunang tersayangnya itu ditembak anggota Basij - kumpulan militia prokerajaan berpakaian awam dalam kejadian pada hari kelapan bantahan yang meragut 10 nyawa dan lebih 100 lain cedera. Andaian lain pula mendakwa tembakan itu mungkin dilakukan pegawai tentera atau pun pihak asing seperti Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang sememangnya mahukan suasana huru hara itu berterusan. Agak menghairankan, mengapakah imej Neda ditembak dirakam beberapa kamera yang seakan ‘bersedia’ di tempat kejadian yang diketahui menjadi bukti penting untuk dipaparkan dunia menerusi internet? Apa yang pasti, peranan individu yang dijadikan wira, disifatkan alat terbaik menagih simpati ramai. Malah, jika diteliti, berbanding senjata canggih, senjata lain yang tidak kurang hebatnya bagi mencetuskan rasa marah adalah dengan memanipulasi perasaan simpati. Ini menyebabkan kaitan teori konspirasi asing itu tidak boleh diketepikan. Berbanding negara Arab lain, Iran disifatkan negara tembok besi yang sukar ditembusi kuasa luar. Tambahan pula ketika ini, Amerika mahu pun negara sekutunya, Israel kian gusar dengan tindak tanduk Iran memperhebatkan program nuklearnya yang biarpun didakwa Teheran bersifat memenuhi permintaan awam yang dahagakan kuasa elektrik, sebaliknya dituduh Barat sebagai cubaan menghasilkan senjata nuklear. Usaha mendekati Ahmadinejad juga bukan mudah. Lalu pilihan yang ada adalah dengan mengambil kesempatan di atas kemelut politik yang melanda ketika ini. Penulis dan penganalisis, Paul Craig Roberts dalam tulisannya pada 19 Jun lalu mendakwa apa yang berlaku di Iran sekarang sebagai 'revolusi warna’ di Iran. Beliau mendakwa wujudnya bukti yang menunjukkan sejak 2007 lagi, CIA sudah merancang untuk menggulingkan kerajaan Iran. Ini termasuk laporan media Amerika, ABC News pada 2007 yang mendakwa CIA menerima kelulusan Presiden (George W Bush) melaksanakan operasi rahsia mengkucar kacirkan kerajaan Iran. Malah pada 29 Jun 2008, wartawan terkenal Amerika yang memenangi banyak anugerah kerana laporan berbentuk penyiasatan, Seymour Hersh, turut mendedahkan misi rahsia Amerika terhadap Iran. Beliau yang memetik kenyataan pegawai dan bekas pegawai agensi perisikan Amerika, tentera dan sumber Kongres mendedahkan persetujuan Kongres Amerika berhubung permintaan (bekas) Presiden Bush membiayai operasi sulit ke atas Iran. “Permintaan itu membabitkan peruntukan kewangan kira-kira AS$400 juta (RM1.4 bilion), seperti yang terkandung dalam dokumen ditandatangani Bush. Matlamat utamanya adalah untuk menggugat barisan kepemimpinan ulama Iran,” lapor Hersh. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, sukar disahkan dalam masa terdekat ini. Namun, berdasarkan apa yang berlaku di Iran sekarang, tidak mustahil kaitan itu ada rasionalnya. Cuma, agak menyedihkan apabila secara tiba-tiba Neda seperti dijadikan alat merealisasikan dan mengukuhkan misi rahsia ini. Hampir seminggu lalu, media barat, khususnya yang berpengaruh seperti CNN, terus memaparkan laporan demi laporan menyokong usaha menjadikan Neda sebagai ikon penentangan. Ini termasuk menyamakannya dengan seorang pelajar Universiti Kent State yang ditembak mati anggota pengawal keselamatan kerajaan dalam satu bantahan anti Perang Vietnam pada 1970. Tidak cukup dengan itu, diselitkan juga gambar lelaki yang berdepan kereta kebal tentera pada satu demonstrasi di Dataran Tiananmen, China. Anehnya, sikap ‘prihatin’ itu tidak pula dipaparkan media Barat sewaktu kematian aktivis keamanan Amerika, Rachel Corrie, yang mati digilis jentolak tentera Israel pada Mac, 2003. Corrie sanggup mempertaruhkan nyawanya mempertahankan rumah seorang doktor rakyat Palestin, isteri dan tiga anaknya daripada diranapkan askar rejim Zionis berkenaan. Malangnya, kematiannya cuma diratapi segelintir pihak. Berikutan itu, sudah semestinya sikap pilih kasih media dan kerajaan Barat mengangkat isu yang ada kepentingan bagi pihak mereka, wajar dikecam. Dan persoalan siapa pembunuh sebenar Neda dan apakah motif menjadikan Neda ikon gerakan pembebasan Iran dan pejuang syahid, juga sukar dijawab ketika ini. Namun apa lebih penting adalah kemampuan kita melihat motif kejadian dan bukannya menelan bulat-bulat apa yang dipaparkan pihak Barat. Terimakasih Berita Harian Online