09 December 2010
Bahasa Arab popular di Amerika
WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.
Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.
Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).
Tetapi bahasa Sepanyol kekal menjadi bahasa popular di kalangan pelajar universiti AS selepas bahasa Inggeris dengan 865,000 pelajar mendaftar mengikuti pengajian bahas itu, meningkat lima peratus sejak 2006.
Ia diikuti bahasa Perancis dengan pendaftaran pelajar berjumlah 216,000 orang, meningkat lima peratus dan Jerman dengan 96,000 pelajar, meningkat kira-kira dua peratus berbanding 2006.
Pelajar yang mendaftar mengikuti bahasa Rusia pula meningkat dari 24,000 pada 1980 kepada hampir 45,000 orang pada 1990 ketika Kesatuan Soviet berpecah.
Lima tahun kemudian, jumlah pelajar yang mengikuti bahasa Rusia kembali merosot kepada kira-kira 25,000 orang.
Jumlah pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab telah meningkat daripada 5,500 pada 1998 - ketika al-Qaeda mengaku mengebom Kedutaan AS di Nairobi dan Dar-es-Salaam yang mengorbankan ratusan jiwa, melonjak kepada 10,584 orang pada 2002, setahun sebelum Amerika mengetuai penaklukan ke atas Iraq, dan jumlah itu terus meningkat tahun ini kepada 35,000 pelajar.
Kajian itu dibuat berdasarkan pendaftaran kelas bahasa di 2,514 kolej dan universiti di AS yang mewakili 99 peratus institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa di negara ini, kata laporan tersebut. - AFP
Sumber:Utusan Online
07 December 2010
Zionis kuasai White House, Wall Street, Kongres dan Hollywood
Wartawan veteran White House yang pernah bertugas dengan lapan orang presiden Amerika Syarikat yang dipecat kerana mengeluarkan kenyataan pedas mengenai Israel mengesahkan bahawa Zionis berjaya menentukan sepenuhnya dasar luar negara dan keputusan-keputusan penting yang diambil oleh Washington.
Menurut Helen Thomas, Israel tidak pernah dikritik di Amerika Syarikat disebabkan pegawai-pegawai tertinggi yang menguasai White House, pejabat kehakiman dan lembaga-lembaga penting dikuasai sepenuhnya oleh Zionis Yahudi.
“Saya boleh menyatakan siapa pun presiden AS, tapi saya tidak boleh menyentuh Israel yang menguasai kepentingan di Tebing Barat,” kata Helen Thomas.
Bekas wartawan White House yang berusia 90 tahun itu menjelaskan, “”Kongres, Wall Street, White House, dan Hollywood, dimiliki oleh Zionis. Tidak ada pertanyaan, menurut pendapat saya.”
Kelompok Zionis Yahudi dalam ulasan balas menyifatkan Helen Thomas “tidak adil dan fanatik” dan mereka ikut mengeluarkan kecaman terhadap kenyataan yang dianggap melampau dan celupar itu.
Maklumat sepenuhnya sila KLIK
Kepelbagaian budaya bukan penghalang
PUTRAJAYA 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepelbagaian budaya, keturunan, agama dan adat resam tidak menjadi penghalang bagi setiap rakyat untuk merasai nikmat kehidupan dalam sebuah negara tanpa rasa wujud perbezaan besar yang boleh mencetuskan konflik.
Perdana Menteri berkata, malah, mereka menjadi sumber kekuatan yang menjadi kebanggaAn negara yang seterusnya mencorakkan masyarakat agar hidup dalam muafakat dan harmoni.
Katanya, ini adalah maksud yang dibawa oleh tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah.
"Kekuatan inilah yang akan memacu ke arah pembentukan 1Ummah yang bergerak seiring, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di samping hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.
"Semoga umat Islam akan menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai panduan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah, " katanya dalam perutusan pada buku cenderamata majlis perhimpunan sambutan Ma'al Hijrah peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)