20 December 2008

Masalah Gejala Sosial dan Maksiat Di Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Gejala sosial dan maksiat di Malaysia terutama di kalangan remaja, belia dan dewasa, telah menjadi wabak yang serius. Bermula dengan isu bohsia (belen) dan bohjan, kemudian menyusul isu gejala lepak, diikuti pula isu remaja minum minuman keras, hidu gam (tora), gadis topup seterusnya masyarakat digemparkan dengan budaya ‘Black Metal’, Punk, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal, The Read Power, Penkid dan seterusnya gejala Riddah di dalam masyarakat yang berleluasa kebelakangan ini serta bermacam lagi isu yang kita tidak dapat menjangkakan, isu apa lagi yang akan timbul pula selepas ini. Namun setiap kali timbul gejala baru dalam masyarakat, kita sering melupakan masalah-masalah yang menjadi isu sebelum ini. Ini bukan bermaksud, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu dan telah berjaya dibendung dengan berkesan. Sebaliknya ianya seperti sedang mengeram dan bernanah untuk menetas dan merosakkan lagi keharmonian masyarakat. Pelbagai usaha keras telah digerakkan oleh pihak kerajaan dan NGO, namun ia masih tidak membuahkan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada perubahan masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia.Melihat kepada isu gejala sosial dan maksiat yang dinyatakan terutamanya dikalangan remaja dan belia, maka kami melihat satu keperluan untuk kami memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial dan maksiat terutamanya di kalangan remaja dan belia.
USTAZ KAMARUDDIN BIN KASSIM, Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Di bawah : Exco Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. Tel/Faks : 604-4216087 Hp : 019-4782708 / 017-4630686 Laman Web : http://www.urusetialandas.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda