25 December 2008

MP Demokrat:Penduduk Luar Bandar Jadi Kuli Orang BKK

Akhbar Straits Times,Nirma Ghosh menyentuh dalam “How long can the new Thai govt last?” pada 16 Dec, sebahagian darinya merujuk kepada Dr.Chareon Khanthawong ,Ahli Parlimen parti lis bagi Parti Demokrat dari Bangkok yang berkata "kerajaan pimpinan Demokrat itu memberi keutamaan kepada 2 perkara (1) skim pembaik pulihan ekonomi yang terlantar dan (2) melayani masalah perpecahan didalam masyarakat yang berlarutan" Beliau sama sekali tidak bimbang terhadap pembahagian penyokong parti politik yang terbelah bagi mengikut zon-zon seperti zon Bangkok dan zon Selatan yang kuat menyokong Demokrat sementara penduduk luarbandar seperti Zon Utara dan Timur Laut pula sebagai kubu kuat kepada Parti Pheua Thai
" awak tahu tak penduduk Timur Laut jadi orang gaji kepada penduduk Bangkok, orang gaji saya pun dari Timur Laut, pekerja satasyen minyak dalam bandar Bangkok juga dari zon Timur Laut" Ujar Dr.Chareon
walaubagaimanapun ucapan beliau telah dirujuk pula didalam akhbar Inggeris The Guardian pada 21 Dec, menerusi artikalnya yang berjudul “Class war behind Thai colour clash” yang dilaporkan oleh Bill Condie,reporter The Guardian di Bangkok
Dr.Chareon anak kelahiran Bangkok,memperolehi ijazah pertama dalam bidang undang-undang di Chulalongkorn Universiti,Ijazah Sarjana Perhubungan Antara Bangsa dan PHD. dalam bidang Pentadbiran Pengaian Tinggi dari Syracuse Universiti, U.S.A.

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda