01 December 2008

Wukuf Ahad,7 Dec.ini

MAKKAH: Tarikh Wukuf di padang Arafah ditetapkan pada Ahad ini, 7 Disember dan Aidiladha di Tanah Suci disambut pada Isnin, 8 Disember. Pengumuman tarikh Wukuf dan Aidiladha itu dibuat Majlis Tertinggi Kehakiman Arab Saudi. Akhbar harian Arab memetik laporan yang disiarkan menerusi Saudi Press Agency (SPA), bahawa Majlis itu dalam kenyataan berkata Sabtu (29 November) ialah 1 Zulhijjah, dan tiada hari ke 30 dalam Zulkaedah “kerana majlis tidak menerima sebarang laporan anak bulan kelihatan”.
BeritaHarianOnline/1/12/08

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda