02 February 2009

POLITIK THAILAND BERGOLAK, 30 RIBU SERTAI TUNJUK PERASAAN DESAK PERLETAKAN JAWATAN PERDANA MENTERI

Lebih 30-ribu orang berkumpul di hadapan Rumah Kerajaan di Bangkok malam tadi bagi mendesak pentadbiran baharu Thailand pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva berundur. Perarakan itu anjuran "Red Shirts" atau "Kemeja Merah", penyokong Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra. Mereka mengambil masa kira-kira dua jam berarak ke pusat pentadbiran utama kerajaan, selepas berjaya melepasi empat pagar kawat berduri serta pasukan polis anti-perusuh. Ketua kumpulan tersebut, Veera Musikapong antara lain turut mendesak kerajaan Abhisit memecat atau menghukum mereka yang terbabit dalam pengepungan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, tahun lepas, selain membubarkan Parlimen. Kerajaan diberi masa 15-hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan. Sementara itu,jurucakap polis, Mejar Jeneral Anan Srihiran berkata, kira-kira 5-ribu 250-anggota polis ditempatkan di sepanjang 4-kilometer dari Rumah Kerajaan. Beliau bagaimanapun mengesahkan, bantahan anti-kerajaan itu berlangsung dalam suasana aman. Tiada kejadian tidak diingini berlaku. Penunjuk perasaan bersurai kira-kira pukul 12:30 tengah malam waktu tempatan.
Sumber: AFP.

1 comment:

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda