20 January 2010

Pasir : Ada yang bohong – Mahathir

Written by Syah Wednesday, 20 January 2010 09:32 Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendakwa 500 lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari. €Beliau berkata, menurut rakannya, jumlah sebenarnya ialah 700 lori pasir dan pasir tersebut ialah pasir salika yang digunakan untuk menghasilkan mikrocip. "Singapura memerlukannya untuk membuat mikrocip. Saya tidak tahu beberapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari.",kata Mahathir dalam nada sinis. Mahathir menegaskan menjual bahan mentah tidak memberikan pulangan yang banyak dan beliau mencadangkan adalah lebih baik dengan memproses bahan mentah tersebut. "Ia tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Kilang kaca melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia. Mengapa tidak hasilkan wafer silicon dan menjualnya kepada Singapura. I rasa ada orang yang tidak bercakap benar,” tambahnya lagi. –Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda