02 February 2010

Obama peruntuk AS$300 juta tutup Guantanamo

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama's memperuntukkan lebih AS$300 juta untuk menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo yang mencetuskan banyak kontroversi. Membentangkan bajet pada Kongres semalam, sejumlah AS$237 juta diperuntukkan untuk membuka penjara Thomson di Illinois, bagi memindahkan ratusan tahanan dari Teluk Guantanamo. Sementara AS$73 juta diperuntukkan untuk menanggung kos pendakwaan lima lelaki yang merancang melakukan jenayah keganasan pada 11 September 2001. Langkah membangunkan semula dan mengambil alih penjara Thomson seabagai penjara utama adalah sebahagian daripada perancangan pentadbiran Obama untuk menutup Guantanamo. Pentadbiran Obama akan meningkatkan kemudahan di Illinois menjadi penjara berciri keselamatan canggih, dengan satu bangunan atau sudut khas untuk menempatkan tahanan Guantanamo. Bahagian itu akan ditadbir terus oleh Pentagon dan akan menguruskan perbicaraan tahanan di Amerika Syarikat serta menempatkan lebih 100 lagi banduan yang ditahan tanpa dibicarakan. - AFP

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda