16 December 2010
Perancis jadi tuan rumah persidangan anti Islam pertama di Eropah
Paris, ibu kota Perancis akan menjadi tuan rumah pertama satu persidangan memerangi penyebaran Islam di Eropah yang bakal diadakan pada 18 Disember nanti.
Persidangan tersebut dijangka akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan beberapa pertubuhan dan tokoh-tokoh tertentu dari seluruh Eropah bagi membincangkan mengenai permusuhan mereka dengan Islam.
Sebagai langkah menghadapi kecaman peserta persidangan tersebut, beberapa pihak telah melakukan kempen dan forum menerusi internet (laman sosial) mendesak agar pihak kerajaan campur tangan dan melarang majlis tersebut.
Dalam salah satu forum, kelompok yang berkempen untuk menghalang dari berlangsungnya persidangan tersebut berkata “Ini merupakan sebuah persidangan yang secara jelasnya bersifat rasis, tidak bersembunyi di sebalik sesuatu untuk menyatakan permusuhan mereka terhadap Islam dan serangan terhadap sebarang simbol berkaitan Islam. Tujuan persidangan tersebut untuk memerangi keganasan Islam. Ia adalah sebuah usaha untuk menambahkan lagi bara kebencian terhadap Islam dan umat Islam.”
Persidangan tersebut diselenggarakan oleh organisasi yang menggunakan nama “fighting Islamization” dari Mass Identity, iaitu sebuah kumpulan pemuda yang mempunyai hubungan rapat dengan sayap kiri Front Nasional Perancis yang banyak mengutarakan slogan permusuhan terhadap kaum imigran, khususnya orang Islam.
Laman web Islamonline turut melaporkan bahawa “gabungan menentang Islamophobia telah menghantar mesej kepada pertubuhan Hak Asasi Manusia di Perancis agar sama-sama menandatangani bantahan menuntut persidangan tersebut supaya dibatalkan oleh kerajaan.
From:UMMATAN WASATAN.NET
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda