02 May 2011

Sebaik-baik Amalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala pujian milik Allah tuhan semesta alam,Selawat dan salam kepada junjungan besar Muhamad, Nabi dan Rasul di akhir zaman.Untuk mengingatkan diri saya dan anda juga, saya berkongsi maklumat yangdiperolehi melalui laman maya,yang memetik perkataan seorang tokoh ulama yang tersohor; Al-Hasan Al-Basry didalam tajuk خـير الأعمــال Katanya;- قال الحسن البصري: ابن آدم، انما أنت عـدد فـإذا مضى يومـك فقـد مضى بعضك، 1-Kamu mempunyai giliran, jika anda tertinggal, giliran orang lain akan mengambil giliran anda. انمـا الدنيا حلم والأخرة يقظة والموت متوسط بينهما ونحن في أضغاث أحـلام، 2-Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan diantara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan. من حاسب نفسه ربح، 3-Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya. ومن غفل عنها خسر، 4-Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian. ومن نظر في العوافب نجا، 5-Sesiapa memandang kesan disebaliknya atau akibat, dia akan terselamat. ومن أطـاع هواه ضـل، 6-Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat. و من حلم غنم، 7-Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya. ومن خاف سلم ومن اعتبر أبصر، 8-Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran. ومن فهم علم، 9-Sesiapa dapat memahami, dia akan alim. ومن علم عمل، 10-Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal. فإذا زللت فارجع، 11-Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu. وإذا ندمت فاقلـع، 12-Jika kamu menyesal, buanglah perkara tersebut. وإذا جهلت فاسأل، 13-Jika kamu jahil, tanyalah. وإذا غضبت فامسك، 14-Jika kamu marah, jagalah diri kamu. وأعلم أن خير الأعمال ما أكرهت عليه النفوس… 15-Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda