03 July 2011

Abhisit mengaku kalah

2011/07/03

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengaku partinya kalah pilihan raya umum kepada pihak pembangkang yang diketuai adik perempuan bekas pemimpin yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.

Keputusan itu akan menjurus Yingluck Shinawatra untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand. Pilihan raya umum itu dilangsungkan lima tahun selepas Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera. Beliau hidup dalam buangan selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Yingluck, bagaimanapun, enggan mengisytihar kemenangan sehingga keputusan rasmi diumumkan.

Dengan lebih 80 peratus undi dikira, keputusan menunjukkan Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck akan memenangi 251 daripada 500 kerusi Parlimen, cukup untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda