27 September 2010

Umat Islam di Patani:Bantuan Kepada Pakistan,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Yala Selatan Thailand,26 Sep 2010.Alham dulilLah umat Islam selatan Thai telah membanjiri perkarangan Dewan Mesyuarat Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Yala yang lama untuk sama-sama menghulurkan bantuan dana terhadap umat islam di Pakistan,yang dilanda banjir terburuk didalam sejarah negera itu.Bantuan itu kelak akan dibawakan oleh wakil Pertubuhan Islam bukan kerajaan di sini berikutnya. Program mengagihkan bantuan kepada mangsa yang teranianya seperti ini sering kali dilaksanakan oleh umat islam di Selatan Thai,untuk membantu umat islam samada dalam negara juga luar negara, terdahulunya seperti Palestine,Afghanistan,Iraq, Bosnia hersegovena dan sebagainya,sekalipun mereka masih lagi berdepan dengan ancaman maut akibat pertelingkahan agama dan kaum yang terburuk hampir satu dekad lalu. Gambar hiasan dari Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda