15 November 2010

Berbasikal tunai haji

IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan. Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula. Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka. "Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera. Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka. Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak. Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa. Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya. ''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda