22 December 2010
Abbas didakwa minta Israel serang Hamas
BAITULMAQDIS 21 Dis. - Anggota parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas didakwa meminta Israel untuk menyerang kumpulan pembangkang Hamas pada 2007, menurut kabel diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks.
Pendedahan terbaru yang memetik kenyataan ketua agensi keselamatan Israel, Shin Bet kepada pegawai Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa, pegawai Fatah di Genting Gaza telah meminta bantuan untuk menentang peningkatan pengaruh Hamas.
"Mereka menghampiri situasi hasil sifar dan meminta kami untuk menyerang Hamas. Mereka terdesak," kata ketua Shin Bet, Yuval Diskin kepada pegawai AS.
Menurut Diskin, agensi keselamatan Israel mempunyai 'hubungan sangat baik' dengan perkhidmatan keselamatan Abbas, di mana mereka berkongsi hampir semua maklumat perisikan dengan Shin Bet.
"Mereka tahu bahawa keselamatan Israel adalah tunjang kepada kewujudan mereka dalam bergelut dengan Hamas di Tebing Barat," katanya ketika perbincangan pada Jun 2007.
Pendedahan pakatan sulit dengan Israel untuk menentang pergerakan penduduk Palestin lain itu kemungkinan besar akan memalukan Abbas dan Fatah.
Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang tegang selama beberapa tahun dan kemarahan memuncak apabila kumpulan Islam itu memenangi pilihan raya pada 2006.
Setahun kemudian, sejurus selepas kenyataan Diskin pada 2007, Hamas menumpaskan Fatah dalam pertempuran berdarah di Genting Gaza dan menguasainya.
Pendedahan kabel ini adalah sebahagian daripada kebanjiran fail diplomatik AS yang diterbitkan di dalam talian oleh WikiLeaks dan mencetuskan kemarahan serta memalukan kerajaan di seluruh dunia. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda