11 July 2011

PANTUN BERKAIT " INDAHNYA BAHASAKU "

OLEH: MASNIAYU DARULNAIM

Bunga layu jadikan penawar
Buat memupuk sakit merawan
Bahasa Melayu bagaikan mawar
Berbau harum warna menanawan.

Buat memupuk sakit merawan
Penyakat saka ilmu dahulu
Berbau harum warna menawan
Memikat dara teruna yang lalu.

Penyekat saka ilmu dahulu
Ilmu berguna diambil segera
Memikat dara teruna yang lalu
Apa lagi yang tua bangka.

Ilmu berguna diambil segera
Hikmah dan iman terus ditimba
Apa lagi yang tua bangka
Kerana maknikam penuh di dada.

Hikmah dan iman terus ditimba
Puisi,prosa terus dijaga
Kerana maknikam penuh didada
Pantun,selaka,gurindam mentara.

Puisi prosa terus dijaga
Menjadi hiburan setiap masa
Pantun, seloka, gurindam mentera
Sebuta indah indah mendalam makna.

Menjadi hiburan setiap masa
Sejak kecil hingga dewasa
Sebutannya indah mendalam makna
Berulang didengar tak jemu dirasa.

Sejak kecil hingga dewasa
Diulek didodoi solawat baginda
Berulang ddidengar tak jemu dirasa
Tambah dihias firman yang Esa.

Diulek didodoi solawat Baginda
Rasul junjungan penghulu insan
Tambah dihias firman yang Esa
Bagai ukiran bermutu maknikam.

Rasul junjungan penghulu insan
Pembawa rahmat seluruh dunia
Bagai ukiran bermutu manikam
Disukai orang, diminati semua.

11 JULAI 2010
PUSAT PENTADBIRAN STRATEGIK &
INTEGRASI PENDIDIKAN 12 YALA

No comments:

Post a Comment

ความเห็นของคุณ
Pendapat Anda